Jumaat, 26 April 2019

Allah Yang Mencipta Alam Semesta

Cheras, 26/04/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Allah Yang Mencipta Alam Semesta. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca beberapa potong ayat al-Qur'an): Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi matahari dan cahanya di pagi hari. Demi bulan apabila mengiringinya. Demi siang apabila menampakkannya. Demi malam apabila menutupinya (gelap-gelita). Demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan). Demi bumi serta penghamparannya. Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya. (Surah asy-Syams: Ayat 1 hingga 7).

ASY-SYAMS (MATAHARI). Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Pada kebiasaannya di waktu pagi iaitu waktu dhuha, pancaran cahaya matahari sangatlah sederhana dan jelas. Kita dapat mengamati matahari tanpa menyakitkan pandangan mata. Inilah waktu yang Allah maksudkan. Tidak seperti di waktu tengah hari atau petang kerana kebiasaannya pancaran matahari sangat terik. Ia boleh merosakkan retina mata apabila merenungnya terlalu lama. Masuknya waktu dhuha adalah lebih kurang 28 minit selepas waktu syuruk.

AL-QAMAR (BULAN). Demi bulan apabila ia mengiringi. Apabila matahari menghilangkan diri di ufuk barat, maka akan muncullah pula bulan menerangi bumi dengan sinarannya. Dalam fenomena keajaiban ciptaan Allah ini, kita akan dapat melihat tiga kejadian yang paling dekat sekali setiap bulan iaitu kejadian anak bulan, keadaan bulan di tengah bulan dan kejadian bulan purnama. Kejadian ini bukan berlaku secara semula jadi tetapi dengan kekuasaan Allah. Orang-orang Islam yang mengkaji sains mestilah merujuk kepada ilmu al-Qur’an.

AN-NAHAR (SIANG). Demi siang hari bila menampakkan dirinya. Ayat ini berbentuk bahasa kiasan. Siang hari itu diumpamakan seperti selimut. Apabila kita menyelak selimut, ia akan menampakkan benda yang tersembunyi di sebaliknya.

AL-LAIL (MALAM). Demi malam apabila ia menutupi. Apabila sahaja matahari tenggelam di ufuk barat, maka timbullah waktu malam. Ia seolah-olah malam yang menutup matahari.

AS-SAMA’ (LANGIT). Demi langit berserta seluruh binaannya. Betapa besar dan luasnya binaan langit tetapi yang ajaibnya tiada satu tiang pun digunakan untuk menongkah strukturnya. Tidak seperti ciptaan manusia yang terpaksa menggunakan tiang untuk memegang struktur dan menahan beban bangunan.

AL-ARDH (BUMI). Demi bumi serta yang ada di hamparannya. Betapa cantiknya keadaan muka bumi dengan dihiasi tasik, sungai, gunung-ganang, bukit bukau, hutan belantara, penempatan haiwan dan manusia. Sungguh indah ciptaan Allah seperti yang diceritakan di dalam al-Qur’an. Bumi berbentuk sfera kerana pada satu masa, sebahagian bumi siang, sementara sebahagian lagi malam.

NAFS (JIWA). Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya. Mengikut pandangan para ulama’, ayat-ayat sumpahan ini diturunkan Allah demi menunjukkan tentang hasil ciptaan Allah yang dapat diperlihatkan secara zahir kepada manusia. Manusia dapat hidup dalam pelbagai keadaan cuaca. Bayangkan keadaan yang tersangat sejuk atau terlalu panas suhunya masih dapat dijadikan habitat manusia. Apatah lagi bila manusia berada di lembah yang subur dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan. Itulah keistimewaan alam ciptaan Allah. Ucapkanlah Subhanallah (Maha Suci Allah).

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Demi Matahari. Nasyid asal daripada kumpulan Snada.

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang hari bila menampakkan dirinya. Demi malam apabila ia menutupi.

Demi langit berserta seluruh binaannya. Demi bumi serta yang ada di hamparannya. Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.

Allah, Subhanallah… Allah, Subhanallah...

Allah, Subhanallah… Allah, Subhanallah...

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.