Jumaat, 1 Mac 2019

Sizzling Yee Mee

Bahan-bahan untuk membuat Sizzling Yee Mee:
8 ulas bawang putih (dihiris).
2 inci halia (dihiris).
10 tangkai cili kering (dipotong 3).
Sedikit minyak (untuk menumis).

Isi ayam secukupnya (dipotong).
4 sudu makan sos tiram.
3 sudu makan kicap pekat/ cair.
3 sudu makan kicap manis/ masin.
1 sudu makan lada hitam (dikisar).
2 kiub ayam.
Cendawan Shitake (dipotong).
2 sudu makan tepung jagung (dibancuh).
1 sudu makan minyak bijan.
Yee Mee 
(dicelur separuh masak).
Sawi (dicelur separuh masak).
Telur.
Gula dan garam secukup rasa.
6 cawan air.


Cara-cara membuatnya:
1-Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.
2-Goreng isi ayam bersama bahan-bahan yang ditumis dan kacau.
3-Masukkan 6 cawan air atau lebih diikuti sos tiram, kicap pekat/ cair, kicap manis/ masin, lada hitam dan kiub ayam.
4-Masukkan Cendawan Shitake (jika dibeli yang kering, perlu direndam dulu). Biar sehingga cendawan lembut.
5-Tambah bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Ikut kepekatan yang disukai.
6-Masukkan minyak bijan, gula dan garam secukup rasa.
7-Sendukkan kuah yang sudah siap ke dalam kuali kecil. Kuah di dalam kuali yang berada di atas api pun berdesir (sizzling).
8-Masukkan segenggam Yee Mee ke dalam kuali. Biar sehingga lembut.
9-Pecahkan telur dan masukkan sawi.
10-Sedia untuk dinikmati.

Boleh dimakan dengan cili potong bagi sesiapa yang suka pedas.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.