Sabtu, 1 Jun 2019

Proton Exora MPV Versi 2019

Kajang, 01/06/2019 - Proton Exora merupakan sebuah Kenderaan Serba Guna iaitu MPV (Multi-Purpose Vehicle). Ia juga dikenali sebagai "minivan" dan merupakan sejenis kereta dengan bentuk badan yang hampir serupa dengan van yang direkabentuk untuk kegunaan persendirian. Lazimnya, MPV lebih tinggi daripada kereta dan direka dengan ruangan dalaman yang maksimum. Exora tujuh tempat duduk adalah pilihan untuk pengguna berkeluarga yang mementingkan keselesaan. Model pertama Proton Exora telah dilancarkan secara rasminya pada bulan April 2009.

Saya, isteri dan anak-anak telah menggunakan Proton Exora sejak ia dibeli pada 14/11/2011. Kami masih menggunakannya sehingga ke hari ini (01/06/2019). Ia adalah Proton Exora 1.6 M-Line (Transmisi Automatik) berwarna merah "plum" dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 CPS (Cam Profile Switching) menjanjikan kepuasan yang nyata bagi sebuah keluarga.

Pada penghujung tahun 2011, Proton mengumumkan versi baharu Exora iaitu Proton Exora Bold 1.6 yang menggunakan enjin CFE (Campro Fuel Efficiency) dan dibantu sistem turbo.

Pada 28/05/2019, Proton secara rasminya telah melancarkan Exora 2019 di bilik pameran Crystal yang terletak di Pusat Kecemerlangan Proton, Subang Jaya. Harga bermula daripada RM59,800 untuk varian Excutive 1.6T CVT (Continuously Variable Transmission) dan RM66,800 untuk varian Premium 1.6T CVT (Continuously Variable Transmission). Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Proton Exora 2019 bukan sahaja mempunyai prestasi dan keluasan yang terbaik dalam kelasnya tetapi juga dilengkapi dengan sistem infotainmen pintar yang mempunyai aplikasi pengecaman suara yang boleh diakses dengan menggunakan kata kunci "Hi Proton".

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.