Khamis, 5 September 2019

Halfest Jakim 2019

Seri Kembangan, 05/09/2019 - Saya telah berada di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) iaitu Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines kerana menghadiri Halal Fiesta Jakim (Halfest Jakim 2019) Edisi Kelapan yang merupakan Ekspo Halal Terbesar Malaysia. Ia diadakan pada 4, 5, 6, 7 dan 8 September 2019 (Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad) mulai jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam. JAKIM merupakan singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang merupakan penganjur Halfest tahun 2019.

Buat kali pertama Halfest Jakim dianjurkan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta beberapa kementerian dengan Shapers Malaysia Sdn Bhd sebagai sekretariat.

Saya solat Zohor di surau sekolah dan bergerak memandu kereta keluar dari kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor apabila tiba waktu pulang. Hujan lebat turun ketika saya memandu dalam perjalanan ke Halfest Jakim 2019. Saya sampai ke kawasan bangunan The Mines kira-kira jam 2:00 petang. Oleh kerana tempat letak kenderaan di dalam bangunan penuh, saya meletakkan kereta di letak kereta berjoki (valet parking) MIECC. Bayaran RM5.00 (tunai) dikenakan pada hari bekerja.


Saya terus menuju ke tempat jualan Munif Hijjaz dan kami sempat berbual-bual terlebih dahulu sebelum saya membeli beberapa jenis produk minuman berharga RM200.00 (tunai). Perkhidmatan troli percuma disediakan dan saya menggunakannya. Saya pergi ke tempat jualan Minsyam pula dan membeli beberapa jenis produk berasaskan minyak zaitun (olive oil) dan habbatus sauda' (black seed) yang berharga RM300.00 (Kad Debit VISA). Utamakan produk keluaran Muslim.

Kira-kira dua jam saya berada di MIECC. Saya memandu kereta meninggalkan The Mines melalui Jalan Dulang, Lebuhraya Sungai Besi yang bersambung dengan Lebuhraya Kajang SILK dan membuat pusingan U untuk ke Jalan CJ3 di Cheras Jaya. Saya masuk ke Jalan Simpang Balak, Jalan Cheras, Jalan Sungai Sekamat, Persiaran Impian Perdana dan berhenti solat Asar berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus serta memandu pulang ke rumah. Jarak perjalanan pulang ke rumah saya di Kajang ialah kira-kira 13 kilometer sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.