Sabtu, 28 September 2019

Istimewa Lejen, Gema Raudah 2019

Petaling Jaya, 28/09/2019 - Saya telah memandu kereta bertolak dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kira-kira jam 12:45 tengah malam untuk pulang ke rumah selepas tamat program rakaman bagi siaran Istimewa Lejen, Gema Raudah. Ia akan disiarkan pada hari Ahad, 10 November 2019 bersamaan dengan 13 Rabiu'l Awwal 1441 di TV2 atau TV1.

Saya memandu pulang sejauh kira-kira 28 kilometer dari FINAS Petaling Jaya ke rumah di Kajang. Saya memandu di Jalan Utara dan masuk ke ke Lebuhraya Persekutuan serta Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37). Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Saya meneruskan pemanduan di E7 dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta selamat sampai ke rumah.

Sebelum itu, saya serta beberapa orang rakan telah menghadiri rakaman di Studio Pentas dan Bunyi, FINAS Petaling Jaya oleh pihak Radio Televisyen Malaysia. Rakan-rakan nasyid yang terlibat ialah kumpulan Hijjaz, Nazrey Johani, Iwan Syahman, Yasin Sulaiman dan Azmi Saat. Pengacara ialah Khairil Azam bin Pilus yang lebih dikenali sebagai Aril Pilus.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.