Kajang, 29/02/2020 - Tahun 2020 merupakan tahun lompat yang ke-12 sejak saya dilahirkan pada tahun 1975. Tarikh 29 Februari cuma hadir empat tahun sekali berbanding bulan Februari tahun yang lain.
Tahun biasa ada 365 hari dalam setahun sementara tahun lompat pula ada 366 hari dalam tahun Masihi dengan tambahan satu hari pada akhir bulan Februari.
Ia berlaku disebabkan pergerakan bumi mengelilingi matahari. Satu pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari disebut sebagai satu tahun suria.
Tahun lompat berlaku disebabkan pergerakan bumi mengelilingi matahari sebenarnya mengambil masa 365 hari 6 jam. Oleh itu, lebihan 6 jam itu dikumpulkan sehingga cukup untuk dijadikan satu hari dan hari berkenaan diwujudkan pada tarikh 29 Februari setiap empat tahun. Kewujudannya adalah bertujuan memperbetulkan masa.
Tarikh 29 Februari merupakan hari yang ke-60 dalam tahun lompat. Sesiapa yang lahir pada 29 Februari, tarikh ini cuma muncul empat tahun sekali.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Tidak mudah bagi matahari mendapatkan (mengejar) bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana masing-masing beredar di atas garisannya. (Surah Yasin: Ayat 40).
Yakinlah bahawa Allah telah menunjukkan tanda-tanda tersebut supaya manusia beriman kepada-Nya. Ia merupakan petunjuk yang benar dan jalan yang lurus. Dekatkan diri sentiasa kepada Allah.
Sabtu, 29 Februari 2020
Selasa, 25 Februari 2020
1 Rejab 1441 Pada 25 Februari 2020
Kuala Lumpur, 25/02/2020 - Di Malaysia, tarikh hari ini ialah 1 Rejab 1441 Hijrah bersamaan dengan 25 Februari 2020 Masihi. Hari ini ialah hari Selasa. Kehadiran bulan Rejab menujukkan bahawa bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Bulan Syaaban pula terletak di antara Rejab dan Ramadhan. Rejab, Syaaban dan Ramadhan merupakan bulan ke-7, 8 dan 9 dalam kalendar tahun hijrah.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah di waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu (dengan melakukan perbuatan yang dilarang seperti mengadakan peperangan kecuali mereka diugut) pada bulan berkenaan (bulan yang empat itu). Perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (Surah at-Taubah: Ayat 36).
Bebarapa peristiwa telah berlaku di dalam bulan Rejab. 1-Hijrah pertama dalam Islam iaitu hijrah ke Habsyah (Ethiopia) pada tahun kelima kenabian Nabi Muhammad s.a.w. kerana berlakunya tekanan dan ancaman kepada umat Islam di Mekah. 2-Israk dan Mikraj iaitu peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa serta diangkat ke langit bertemu Allah S.W.T. pada tahun kedua belas kenabian. 3-Peperangan Tabuk iaitu peperangan yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah di antara bangsa Rom dan tentera Islam, diketuai oleh Rasulullah s.a.w. tetapi peperangan berkenaan dimenangi oleh Islam tanpa pertumpahan darah. 4-Lahirnya Imam Syafie iaitu salah seorang imam yang terkenal telah lahir pada tahun 150 Hijrah. 5-Pembebasan dan kejatuhan Bayt al-Maqdis. Khalifah Umar al-Khattab membuka kota suci ini dan berjaya mempertahankannya selama 500 tahun. Musuh Islam menawannya kembali dan mereka mempertahankannya selama 50 tahun. Solahuddin al-Ayyubi merampas semula Bayt al-Maqdis pada 27 Rejab 583 Hijrah dan berjaya mempertahankannya selama 760 tahun. Mustafa Kamal Ataturk menghapuskan sistem Khalifah Islamiah selepas itu. Tahun 1387 Hijrah (1967 Masihi), Bayt al-Maqdis jatuh semula kepada musuh Islam sehingga kini (1441 Hijrah bersamaan dengan 2020 Masihi).

Isnin, 3 Februari 2020
Warung Aura Hidangan, Seksyen 7 off Jalan Bukit
Kajang, 03/02/2020 - Saya telah pergi ke Warung Aura Hidangan yang terletak di Lot 109-111, Ground Floor, Seksyen 7 off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. Jarak perjalanan dari rumah saya ke warung atau restoran ini ialah kira-kira 5 kilometer sahaja. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Dibuka dari jam 7:00 pagi hingga 7:00 malam.
Saya memandu kereta merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian, Jalan Cheras, Jalan Semenyih, Jalan Bukit dan masuk ke Seksyen 7 off Jalan Bukit. Akhirnya, saya sampai ke Warung Aura Hidangan di bandar Kajang yang kedudukannya berada hampir dengan Oriental Crystal Hotel, New City Hotel dan Lot 90.
Ini merupakan kali pertama saya makan dan minum di sini (jam 11:30 pagi, makanan untuk tengah hari baru mula disediakan). Saya makan 1 set Gulai Tempoyak Ikan Patin (Pahang) termasuk nasi putih, ulam serta sambal (RM10.00) dan minum Teh Ais (RM1.80). Saya telah membayar sebanyak RM11.80 untuk harga makanan dan minuman bagi makan tengah hari kali ini. Tepat jam 12:00 tengah hari, saya bergerak dengan memandu kereta meninggalkan Warung Aura Hidangan melalui Seksyen 7 off Jalan Bukit, Jalan Bukit, Jalan Semenyih dan Jalan Besar Seremban untuk ke pekan Semenyih. Saya sampai ke destinasi di Kilometer 33, Jalan Besar Seremban setelah memandu kira-kira 8.5 kilometer dari bandar Kajang ke sini.

Sabtu, 1 Februari 2020
Jelajah Lambaian Kaabah PPDHL 2020
Kajang, 01/02/2020 - Jom hadir ke acara Jelajah Lambaian Kaabah tahun ini di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) pada 1 dan 2 Februari 2020. Ia diadakan pada hari ini (Sabtu) dan esok (Ahad). PPDHL terletak di Saujana Impian, Kajang, Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti gerai jualan, pameran umrah, pelancongan islamik, kursus umrah perdana, majlis perasmian, cabutan bertuah, pertandingan Beyblade (kanak-kanak bawah 12 tahun), pertandingan azan (sekolah rendah dan menengah), sukaneka kanak-kanak, forum perdana (Imam Muda Fakhrul, Ustaz Nabil dan Ustaz Haslin), kuliah dhuha (Ustaz Nabil Ahmad daripada kumpulan nasyid Far East), sukaneka Muslimah (gubahan tuala), simulasi umrah cilik (kanak-kanak bawah 12 tahun), pertandingan mewarna, ramah mesra dengan Iron Man, demonstrasi lukisan, sukaneka dewasa, majlis penutupan dan pelbagai aktiviti menarik. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.
Acara Jelajah Lambaian Kaabah ini juga dikuasakan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd serta Karnival Geng Masjid. Pelbagai aktiviti ilmiah dan kekeluargaan disusun. Dapatkan juga diskaun percuma untuk pakej pelancongan daripada agensi pelancongan yang ada.

Langgan:
Catatan (Atom)
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY)
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ debit card)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD fpx)