Rabu, 1 April 2020

PKP Fasa 2 Mulai 1 April 2020

Kajang, 01/04/2020 - Saya, isteri, empat orang anak kami dan emak mentua saya sedang berada di rumah ketika ini. "Movement Control Order" atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 berkuatkuasa hari ini (Rabu, 1 April 2020) hingga Selasa, 14 April 2020 bagi mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). PKP Fasa 1 sebelum ini telah dilaksanakan mulai Rabu, 18 Mac 2020 hingga Selasa, 31 Mac 2020 (kuarantin 14 hari). Aktiviti pembelajaran anak-anak serta pengajaran di sekolah saya dan isteri, kami teruskan di rumah kerana cuti PKP Fasa 2 ditambah 14 hari lagi. Hari ini ialah PKP hari ke-15.

PKP dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Ketika PKP Fasa 1 dilaksanakan, pihak polis dan tentera yang mengadakan sekatan jalan raya telah menahan serta menangkap individu-individu ingkar PKP.

Pelaksanaan PKP Fasa 2 adalah lebih tegas. Ia hanya membenarkan seorang individu menaiki sebuah kenderaan. Ketua keluarga yang memandu kenderaan persendirian masih dibenarkan keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan harian.

PKP berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ini kerana PKPD melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beberapa kawasan telah terlibat dengan PKPD ketika pelaksanaan PKP Fasa 1.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi terkini wabak Covid-19 setakat jam 5:00 petang semalam (Selasa, 31 Mac 2020) ialah 140 (kes baharu), 2766 (jumlah kes keseluruhan), 2186 (kes aktif sedang dirawat), 537 (sembuh/ discaj) dan 43 (kematian).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.