Rabu, 18 Mac 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020

Kajang, 18/03/2020 - Saya, isteri, empat orang anak kami dan emak mentua saya sedang berada di rumah ketika ini. Kira-kira jam 10:50 malam semalam (17/03/2020), kami bertujuh telah selamat sampai ke rumah. Sekarang ini kami masih dalam cuti persekolahan untuk Cuti Pertengahan Penggal 1 mulai 14/03/2020 hingga 22/03/2020. Kira-kira jam 10:00 malam (16/03/2020), Pengumuman Khas Covid-19 (coronavirus disease 2019) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia menetapkan cuti persekolahan dilanjutkan sehingga 31/03/2020. Ini bertetapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) berkuatkuasa dari 18/03/2020 hingga 31/03/2020 (kuarantin 14 hari). Hari ini ialah hari pertama penguatkuasaan.

Perintah Kawalan Pergerakan dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah ini meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara temasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang telah bersidang pada 15/03/2020.

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi terkini wabak Covid-19 setakat jam 5:00 petang, 17/03/2020 ialah 120 (kes baharu), 673 (jumlah kes keseluruhan), 622 (kes aktif sedang dirawat), 49 (sembuh/ discaj) dan 2 (kematian).

Kami sekeluarga sempat kembali berada di rumah sendiri di Kajang sejak malam semalam sebelum berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan pada hari ini (Rabu, 18 Mac 2020) selepas pulang ke kampung di Kuala Lipis (emak saya) dan Jasin (emak mentua). Dari Selangor ke Pahang (Sabtu, 14 Mac 2020), di Pahang (Ahad, 15 Mac 2020), dari Pahang ke Melaka (Isnin, 16 Mac 2020) dan dari Melaka ke Selangor (Selasa, 17 Mac 2020).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.