Rabu, 11 Mac 2020

Ulang Tahun Kelahiran Anak Yang Keempat

Kajang, 11/03/2020 - Ketika menulis artikel ini, saya, isteri, anak ketiga dan anak keempat kami sedang berada di rumah. Anak sulung dan anak kedua pula bersekolah menengah agama serta tinggal di asrama. Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran yang pertama anak keempat kami. Umurnya cukup setahun pada hari ini.

Jam 10:02 pagi setahun yang lalu iaitu pada 11/03/2019, isteri saya telah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang beratnya 2.85 kilogram. Dia dilahirkan di Hospital Islam Az-Zahrah. Kakak dan dua orang abangnya dilahirkan di Hospital Kajang.

Setakat hari ini, anak keempat kami masih belajar berdiri tetapi perlu memegang pada sesuatu benda sebagai bantuan untuk dia berdiri.

Pada tahun ini, anak sulung kami berumur lima belas tahun, anak kedua berumur tiga belas tahun dan anak ketiga berumur sepuluh tahun. Mereka bertiga masih bersekolah di peringkat menengah dan rendah. Anak sulung kami mula tinggal di asrama sejak bulan Januari 2018 dan anak kedua pula mula tinggal di asrama sejak bulan Januari 2020 ini. Anak ketiga dan anak keempat masih berada di sekolah rendah dan taska.

Anak ketiga dan keempat kami dilahirkan ketika saya serta isteri telah tinggal di rumah sendiri. Semasa anak sulung dan anak kedua dilahirkan, kami masih tinggal di rumah sewa.

Tahun 2020 ini juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang kesembilan belas (2001 hingga 2020).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.