Sabtu, 16 Mei 2020

Hari Guru 2020

Kajang, 16/05/2020 - Bertempat di rumah masing-masing, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-49 Tahun 2020 diadakan pagi ini melalui internet. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’.

Sambutan Hari Guru Tahun 2020 amat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Sekolah-sekolah di Malaysia masih ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020. Hari ini ialah PKP hari ke-60 (Sabtu, 23 Ramadhan 1441).

Dalam Perutusan Khas Sempena Hari Guru oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia kira-kira jam 11:00 pagi tadi antaranya ialah guru dituntut perkasa pengajaran dalam talian seperti menggunakan Google Classroom, WhatsApp, Telegram dan lain-lain.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia. 1-Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 2-Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 3-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 4-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 5-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 6-Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Ikrar Hari Guru. Bahawasanya kami. Guru-guru negara Malaysia. Dengan ini berikrar. Mendukung terus cita-cita kami. Terhadap tugas kami. Dan menyatakan keyakinan kami. Pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami akan berbakti. Kepada masyarakat. Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung. Perlembagaan negara. Kami mengamalkan. Prinsip-prinsip Rukun Negara. Pada setiap masa.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.