Rabu, 13 Mei 2020

Tempoh PKPB Dilanjutkan Hingga 9 Jun 2020

Kajang, 13/05/2020 - Saya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), elakkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja dan gunakan pelitup muka sekiranya tidak sihat. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 telah tamat pada hari semalam (12 Mei 2020) dan tempoh PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun 2020.

Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia sentiasa menghantar khidmat pesanan ringkas (short message service) kepada saya melalui telefon pintar. MKN ialah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengatur pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara.

PKPB ialah lanjutan daripada PKP bagi mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). PKP Fasa 1 (18 Mac hingga 31 Mac 2020), PKP Fasa 2 (1 April hingga 14 April 2020), PKP Fasa 3 (15 April hingga 28 April 2020), PKP Fasa 4 (29 April hingga 12 Mei 2020) dan PKPB (4 Mei hingga 9 Jun 2020)Aktiviti pembelajaran anak-anak serta pengajaran di sekolah saya dan isteri, kami teruskan di rumah kerana masih bercuti PKPB. Hari ini ialah PKP hari ke-57 (Rabu, 20 Ramadhan 1441).

PKP dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Kelonggaran yang diberi melalui PKPB bukan bermaksud Malaysia sudah bebas daripada wabak Covid-19 atau rakyat bebas bergerak ke mana sahaja. PKPB ini dilaksanakan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, maka jika ia tidak dipatuhi pasti akan menimbulkan masalah lebih rumit kepada kita. Terpulang kepada diri sendiri untuk terus bentengkan diri kepada penyakit ini atau terus-terusan mengamalkan sikap tidak endah.

PKPB sedang dilaksanakan oleh kerajaan mulai 4 Mei hingga 9 Jun 2020 dan kelonggaran hanya diberikan kepada sektor perkhidmatan yang dibenarkan dengan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP (Standard Operating Procedures). Rakyat perlu mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Patuhi arahan, jaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing. Amalkan kawalan kendiri (self-regulation). Jika tiada keperluan untuk keluar, elakkan berada di tempat awam. Amalkan disiplin diri, patuhi jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dan jaga kebersihan diri. Aplikasi MySejahtera disediakan untuk penilaian kesihatan diri, pengesanan hotspot Covid-19 dan pelbagai fungsi lain. 

Rakyat diseru terus patuh PKP. Elakkan 3C iaitu kawasan yang sesak (Crowded place), kawasan yang sempit (Confined space) dan bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation). Aplikasi Gerak Malaysia disediakan bagi mereka yang dibenarkan sahaja untuk permohonan perjalanan antara negeri dan perlu mematuhi semua arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Aplikasi MyTrace pula disediakan untuk pengesanan kontak (contact tracing) kepada individu positif Covid menggunakan teknologi Bluetooth. Amalkan normal baharu untuk bersama-sama putuskan rantaian Covid-19. Sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga masih berkuatkuasa ketika PKP di beberapa kawasan yang terlibat. Cuma pelaksanaannya lebih ketat bebanding PKP kerana PKPD melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.