Khamis, 20 Ogos 2020

1 Muharram 1442 (Khamis) 20 Ogos 2020

Kuala Lipis, 20/08/2020 - Saya, isteri dan lima orang anak kami telah sampai ke Bandar Warisan Sejarah ini yang terletak di negeri Pahang. Daerah lain di negeri sama yang kami bertujuh sempat berhenti sebelum sampai ke daerah Lipis ialah Raub dan Bentong. Kami singgah ke Masjid Tengku Abu Bakar di Raub untuk menunaikan solat. Sebelum daripada itu, kami singgah ke Kawasan Rehat dan Rawat Bentong di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) untuk membeli makanan serta minuman di lorong pandu lalu restoran Kentucky Fried Chicken. Hari ini ialah hari Khamis, 20 Ogos 2020 bersamaan dengan 1 Muharram 1442.

Tema sambutan Ma'al Hijrah 1442 ialah Ummah Rabbani, Negara Harmoni. Perancangannya, kami sekeluarga ingin berada di negeri Pahang pada 20, 21, 22 dan 23 Ogos (4 hari 3 malam) kerana 24 Ogos (cuti hari ke-5), dua orang anak kami akan kembali ke asrama sekolah.

Cuti Awal Muharram 1442 bersambung dengan cuti persekolahan bagi Cuti Pertengahan Penggal 2 untuk tahun 2020. Cuti selama lima hari pada Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin. Ini kerana terdapat pindaan takwim persekolahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Kuala Lipis ialah ibu negeri Pahang dari tahun 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada tarikh 27 Ogos 1955.

Daerah Lipis merupakan tempat kelahiran saya. Bandar Kuala Lipis yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke-19 semasa pentadbiran era kolonial di bawah Residen British, Sir Hugh Clifford adalah bandar transit pengunjung dan kenderaan dari Lembah Klang ke negeri Kelantan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.