Isnin, 17 Ogos 2020

Petrol RON95 Untuk Kenderaan Persendirian

Kajang, 17/08/2020 - Saya memandu kereta dan singgah ke Petronas Grand Saga 2 yang terletak di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Ia sebuah stesen minyak Petronas di E7 yang menghala ke Kuala Lumpur.

Saya mengisi minyak petrol RON95 untuk kereta petang tadi sebanyak RM50.00 (29.761 liter) kerana harga RON95 pada minggu ini ialah RM1.68 per liter.

RON ialah singkatan daripada perkataan Research Octane Number. Ianya kaedah penarafan bahan api. Lebih tinggi nilai RON, lebih mahal harga petrol. Minggu ini, harga RON95 (pemegang pam minyak berwarna kuning) ialah RM1.68 per liter dan harga RON97 (pemegang pam minyak berwarna hijau) ialah RM1.98 per liter.

Periksa manual kenderaan anda untuk tentukan RON yang sesuai dengan enjn. Lebih rendah RON, lebih mudah terbakar (tidak tahan tekanan) dan lebih tinggi RON, bahan api lebih susah terbakar (tahan dalam tekanan tinggi).

Biasanya, kenderaan enjin berkuasa tinggi sahaja memerlukan RON yang tinggi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.