Sabtu, 1 Ogos 2020

Pemakaian Pelitup Muka Mulai 1 Ogos 2020

Hari ini ialah hari Sabtu, 1 Ogos 2020 bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1441 merupakan hari kedua Aidiladha dan juga hari cuti umum di Malaysia. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang ingkar dengan arahan pemakaian pelitup muka yang diwajibkan semasa menggunakan pengangkutan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum mulai hari ini.

Pemakaian pelitup muka kini sudah menjadi kebiasaan baharu kepada rakyat Malaysia sejak penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) boleh dikenakan terhadap individu yang didapati gagal mematuhi peraturan terbaharu ini.

Susulan kes jangkitan wabak Covid-19 yang kembali mencatat peningkatan di peringkat global termasuk Malaysia, beberapa negara turut mengambil keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Jaga keselamatan diri dan keluarga kerana kita sekarang masih menyambut Aidiladha (Hari Raya Korban). Patuhi Prosedur Operasi Standard sama ada ketika berada di kawasan rumah sendiri atau pun menyambut Aidiladha di kampung halaman.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.