Jumaat, 31 Julai 2020

Prosedur Operasi Standard Solat Sunat Aidiladha 2020

Jasin, 31/07/2020 - Hari ini ialah 10 Zulhijjah 1441 merupakan hari pertama Aidiladha dan juga hari cuti umum di Malaysia. Saya, isteri dan lima orang anak kami berada di kampung dalam negeri Melaka untuk Aidiladha 1441. Insya-Allah, perancangan kami bertujuh akan berada di kampung dalam negeri Pahang pula pada awal Muharram 1442. Solat sunat Aidiladha di Melaka mesti mematuhi semua Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedures (SOP) seperti di negeri-negeri lain.

Semua orang perlu mematuhi SOP iaitu berwuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup muka ketika hadir di masjid dan surau serta mengamalkan penjarakan sosial.

Kerajaan negeri Melaka membenarkan warga asing mendirikan solat sunat Aidiladha di dalam kawasan kilang atau premis tempat mereka bekerja.

Keputusan itu telah dibuat Jawatankuasa Fatwa Melaka selepas mengambil kira golongan itu tetap tidak dibenarkan menunaikan ibadah itu di surau atau masjid bertauliah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Majikan yang telah membuat permohonan dengan Jabatan Agama Islam Melaka sahaja yang boleh membenarkan pekerja asing mereka menunaikan ibadah berkenaan bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan mematuhi SOP.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.