Sabtu, 3 April 2021

Percutian ke Kuala Lumpur 2021

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Kuala Lumpur selama 2 hari 1 malam anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Senada. Ia merupakan tempat percutian di kawasan bandar raya yang terletaknya ibu negara Malaysia. Kami menginap di Bilik 1210 dan 1211, Sunway Putra Hotel, 110 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.

Jumaat, 2 April 2021 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang dan sampai ke Kuala Lumpur pada jam 12:00 tengah hari. Antara laluan kenderaan kami ialah Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tun Ismail dan Jalan Putra. Saya memandu Proton Exora sejauh kira-kira 28 kilometer dari Saujana Impian ke tempat letak kenderaan di tingkat paling bawah. Kenderaan diletakkan di Level B2 K14A di Sunway Putra Mall. Kami bertujuh naik lif dari B2 ke tingkat 5. Berpindah lif dari Sunway Putra Mall untuk naik ke lobi hotel di tingkat 9 (Sunway Putra Hotel). Kami terus makan tengah hari di Coffee House (meja 23) di tingkat 9. Beberapa orang rakan kepada isteri saya yang mengajar di sekolah sama telah berada di sini. Kami beberapa orang lelaki pergi berjalan kaki ke seberang jalan dan menunaikan solat Jumaat di Surau ar-Rahman, Putra World Trade Centre. Kembali makan dan minum di Coffee House serta mendaftar masuk ke bilik hotel di tingkat 12. Selepas berehat dan solat Asar, sebahagian daripada kami turun ke kolam renang di tingkat 11 untuk mandi kolam. Tidak sempat minum petang dan kembali ke bilik hotel. Selepas mandi, solat Maghrib dan lain-lain, kami bertujuh turun makan malam di Coffee House (meja 21 dan 22). Kemudian bersiar-siar di Sunway Putra Mall sehingga kedai-kedai di sini ditutup. Pulang ke bilik hotel, solat Isyak dan bersedia untuk bermalam di sini.

Sabtu, 3 April 2021 (hari kedua). Bangun, solat Subuh dan berehat. Kami bertujuh turun ke Coffee House (meja 4) di tingkat 9 dan bersarapan pagi. Naik semula ke Bilik 1210 dan 1211 di tingkat 12. Berehat, mandi dan bersiap-siap untuk mendaftar keluar. Di lobi hotel, saya menyerahkan kad (kunci) dan dapatkan cop pada kad untuk tempat letak kenderaan percuma. Jam 12:00 tengah hari, kami bersedia menaiki kenderaan dan beberapa minit selepas itu, saya mula memandu meninggalkan kawasan Sunway Putra Hotel melalui Jalan Putra. Hotel 5 bintang yang memberikan potongan harga istimewa dengan makan tanpa had sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat. Cuti sekolah kali ini, kami di Selangor tidak boleh merentas negeri kecuali ke Kuala Lumpur ketika PKP Bersyarat bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Kami masih berada dalam Cuti Pertengahan Penggal 1 iaitu cuti persekolahan selama 9 hari (27 Mac hingga 4 April 2021).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.