Sabtu, 3 Julai 2021

PKPD Mukim Kajang Mulai 3 Julai 2021

Kajang, 03/07/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-473. Pagi tadi, saya telah keluar seorang diri singgah ke rumah TJ dan pergi membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya. Ketika ini saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri (rumah SI). Jarak di antara rumah SI dan rumah TJ ialah 8 kilometer sahaja. Kedua-duanya terletak di Kajang dalam daerah yang sama. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa PKP 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Setakat 3 Julai 2021, kami bertujuh kali terakhir berada di negeri Pahang ialah pada 31 Disember 2020 dan kali terakhir berada di negeri Melaka ialah pada 6 Januari 2021.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Kajang berkuat kuasa mulai hari ini (Sabtu, 3 Julai 2021) sehingga Jumaat, 16 Julai 2021. Hampir seluruh daerah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula hari ini. Ia susulan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan trend jangkitan Covid-19 yang tinggi di Selangor dan Kuala Lumpur. Selangor sudah banyak kali merekodkan kes baharu harian tertinggi akibat dari kemelut pandemik Covid-19. Pandemik ialah wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.

Semasa PKPD di sebahagian besar Selangor, hanya seorang wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan urusan perkhidmatan keperluan yang disenaraikan sahaja. Tidak dibenarkan aktiviti hiburan di kelab-kelab dan tempat-tempat hiburan sama ada secara terbuka atau tertutup. Tidak dibenarkan semua aktiviti sukan dan rekreasi kerana taman-taman awam ditutup. Tidak dibenarkan semua majlis sosial yang melibatkan sebarang bentuk seminar, kursus, latihan, kelas atau apa jua aktiviti pendidikan dan pembelajaran. Sektor ekonomi yang disenaraikan sebagai Pekhidmatan Perlu sahaja dibenarkan beroperasi.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 28 Jun hingga 2 Julai 2021 ialah 1989 orang pada 28/06/2021 (Isnin), 2299 orang pada 29/06/2021 (Selasa), 2836 orang pada 30/06/2021 (Rabu), 2885 orang pada 01/07/2021 (Khamis) dan 2907 orang pada 02/07/2021 (Jumaat).

Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 28 Jun hingga 2 Julai 2021 ialah 5218 orang pada 28/06/2021 (Isnin), 6437 orang pada 29/06/2021 (Selasa), 6276 orang pada 30/06/2021 (Rabu), 6988 orang pada 01/07/2021 (Khamis) dan 6982 orang pada 02/07/2021 (Jumaat).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.