Sabtu, 28 Ogos 2021

Mukhayyam Arabi Peringkat Daerah Hulu Langat 2021

Kajang, 28/08/2021 - Alhamdulillah, sudah selesai program Mukhayyam Arabi Peringkat Daerah Hulu Langat 2021 yang telah dibuat secara dalam talian menggunakan saluran siaran langsung di YouTube. Ia merupakan aktiviti kem Bahasa Arab untuk sekolah-sekolah rendah peringkat daerah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat yang pelaksana program serta pesertanya berada di rumah masing-masing kerana mencegah penularan wabak Covid-19. Kami sekeluarga berada di rumah TJ. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga masih berterusan di rumah secara dalam talian ketika hari persekolahan.

Ini kali pertama saya menggunakan Streamyard.com dan kami yang menyelaraskan program ini bersiaran langsung menggunakan YouTube. Rakan-rakan yang mahir berkenaan perkara ini membantu kami membuat program dalam talian secara berpasukan. Talian internet yang terputus-putus antaranya merupakan cabaran utama untuk program kali ini.

Sejak jam 8:30 pagi, peserta-peserta kem yang terdiri daripada dua orang murid dan seorang guru pengiring mula mendaftar melalui pautan borang yang diberi. Jam 9:00 hingga 9:30 pagi ialah ucapan aluan pengerusi, taklimat program, bacaan doa dan ucapan pelancaran perasmian. Jam 9:30 hingga 10:30 pagi ialah aktiviti perlumbaan basikal untuk bermain permainan bahasa. Jam 10:30 pagi hingga 12:00 tengah hari ialah aktiviti permainan yang melibatkan nombor dan lain-lain. Jam 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang ialah waktu rehat. Jam 2:00 hingga 3:00 petang ialah aktiviti jom menyanyi lagu Bahasa Arab. Jam 3:00 hingga 3:30 petang ialah pengisian berkenaan alangkah indahnya bahasa. Jam 3:30 hingga 4:00 petang ialah pengumuman pemenang dan penutup.

Jawatankuasa Pelaksana ialah Tuan Haji Arbain bin Pinni (Pegawai Pendidikan Daerah/ PPD) sebagai Pengerusi, Encik Zaiazman bin Mohd Zainuddin @ Helmi (Timbalan PPD Sektor Pembelajaran) sebagai Timbalan Pengerusi 1, Ustazah Salmah binti Salleh serta Ustaz Mohammad Hamsar bin Mohd Nor (Penolong PPD Unit Pendidikan Islam) sebagai Timbalan Pengerusi 2, Ustazah Nik Siti Maria binti Nik Yaakob (Sekolah Kebangsaan Sungai Lui) sebagai Setiausaha 1, Ustazah Nik Hafizah binti Nik Mat (Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi) sebagai Setiausaha 2, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa (Sekolah Kebangsaan Semenyih) serta Ustaz Muhammad Husaini bin Daud (Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding) sebagai Penyelaras, Ustazah Nurul Huda binti Haji Md Saleh (Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya) sebagai Ketua Teknikal, Ustazah Siti Nur 'Aisyah binti Rahmat (Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih) sebagai Ketua Penyelaras Program dan Ustaz Muhammad Hanif bin Abd Patah (Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih) sebagai "Floor Manager".

Jawatankuasa Kecil ialah Ustazah Nurul Huda binti Haji Md Saleh sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian serta Pelancaran, Ustaz Muhammad Hanif bin Abd Patah sebagai Ahli Jawatankuasa Buku Program, Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa sebagai Ahli Jawatankuasa Publisiti, Ustazah Nik Hafizah binti Nik Mat sebagai Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Peserta, Ustaz Muhammad Husaini bin Daud sebagai Ahli Jawatankuasa Sumbangan serta Tajaan termasuk hadiah, sijil serta trofi, Ustazah Nik Siti Maria binti Nik Yaakob sebagai Ahli Jawatankuasa Dokumentasi dan Ustazah Nurul Huda binti Haji Md Saleh serta Ustazah Siti Nur 'Aisyah binti Rahmat sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian Penutupan.

Sabtu, 21 Ogos 2021

Angkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-9

Kuala Lumpur, 21/08/2021 - Alhamdulillah, setelah negara kita menghadapi kemelut kepimpinan politik, maka pada jam 2:30 petang ini (Sabtu, 21 Ogos 2021), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diadakan di Istana Negara. Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ialah Sultan Pahang Darul Makmur yang merupakan seorang sultan di negeri kelahiran saya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera dari Pahang mendapat sokongan 114 orang ahli parlimen daripada 222 orang ahli Dewan Rakyat (termasuk 2 kerusi parlimen kosong) untuk membolehkannya beliau menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia Ke-9. Jumlah 114 merupakan kepercayaan majoriti.

Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong Ke-16 memainkan peranan yang penting dalam pelantikan Perdana Menteri Malaysia Ke-9 ini selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Kemelut politik negara berlaku menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan pada hari Isnin, 16 Ogos 2021 selepas 17 bulan setengah memegang jawatan sebagai 
Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

Perikatan Nasional (PN) serta Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia sebelum ini meneruskan pemerintahan dan akan membentuk kabinet baharu dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas ini. PN dan BN ialah gabungan parti-parti politik di Malaysia.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Mendengar dan mentaati pemerintah (adalah wajib) bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai atau ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidak boleh dia mendengar dan mentaati. (Riwayat al-Bukhari).

Selasa, 10 Ogos 2021

1 Muharram 1443 (Selasa) 10 Ogos 2021

Kajang, 10/08/2021 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri di negeri Selangor. Rumah SI dan rumah TJ terletak dalam daerah yang sama. Jaraknya ialah 8 kilometer sahaja. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Setakat 10 Ogos 2021, kami bertujuh kali terakhir berada di negeri Pahang ialah pada 31 Disember 2020 dan kali terakhir berada di negeri Melaka ialah pada 6 Januari 2021. Seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019).

Makanan yang kami pesan secara dalam talian daripada pihak Kentucky Fried Chicken melalui aplikasi di telefon pintar saya telah sampai ke rumah pada waktu tengah hari. 1 ala carte (1 burger banjir) dan 2 kombo aneka (4 burger banjir, 12 pieces nuggets serta 2 cheezy wedges biasa) yang dibayar secara perbankan internet (RM80.45). Hari ini ialah hari Selasa, 10 Ogos 2021 bersamaan dengan 1 Muharram 1443 merupakan cuti umum di Malaysia.

Tema sambutan Ma'al Hijrah 1443 ialah Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti. 1 Muharram 1443 disambut dalam suasana cukup sederhana di seluruh negara, namun penuh kesyukuran kerana negara masih lagi berperang dengan pandemik Covid-19.

Sambutan tahun baharu Hijrah mempunyai pengertian yang amat besar kepada umat Islam dalam mengingati peristiwa bersejarah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum muslimin dari kota Mekah ke kota Madinah.

Waktu solat di Kajang pada hari Selasa, 10 Ogos 2021 bersamaan dengan 1 Muharram 1443 ialah seperti waktu solat di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Subuh pada jam 6:01 pagi, Syuruk (terbit matahari) pada jam 7:11 pagi, Zohor pada jam 1:22 petang, Asar pada jam 4:40 petang, Maghrib pada jam 7:28 malam dan Isyak pada jam 8:40 malam.

Ahad, 1 Ogos 2021

Hari Pertama Bulan Ogos 2021

Kajang, 01/08/2021 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri (rumah SI) kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang telah berkuat kuasa sejak 12/05/2021 di seluruh Malaysia. Sejak pagi hari ini iaitu hari pertama bulan Ogos 2021, kami dari rumah TJ ke rumah SI kerana ia masih dalam daerah yang sama. Kami tidak boleh merentas daerah dan negeri semasa PKP 3.0 dan tidak dapat berada di rumah TTD. Seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Hari ini ialah PKP hari ke-502 (Ahad, 22 Zulhijjah 1442).

Semasa berada di rumah TJ tadi, saya tersedar daripada tidur dan mendapati hujan sedang turun pada jam 3:30 pagi. Pergi ke tandas dan saya tidur semula. Jam 5:30 pagi, penggera pada telefon pintar berbunyi dan saya bangun daripada tidur. Hujan masih turun. Solat Subuh dan bergerak dari TJ ke SI ketika masih waktu Subuh kerana belum terbit matahari. Dalam perjalanan dari rumah TJ ke rumah SI yang jaraknya ialah 8 kilometer sahaja, hujan rintik-rintik masih turun. Jam 7:05 pagi, sampai ke ruang letak kenderaan di rumah SI.

Waktu solat di Kajang pada hari Ahad, 1 Ogos 2021 bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1442 ialah seperti waktu solat di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Subuh pada jam 6:01 pagi, Syuruk (terbit matahari) pada jam 7:11 pagi, Zohor pada jam 1:23 petang, Asar pada jam 4:44 petang, Maghrib pada jam 7:30 malam dan Isyak pada jam 8:43 malam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.