Isnin, 28 Mac 2022

Perodua Kelisa 1.0 Ezi Special Edition (AUTO)

Semenyih, 28/03/2022 - Beberapa minit sebelum jam 7:00 pagi, kereta Perodua Kelisa 1.0 Ezi Special Edition (AUTO) yang saya pandu mengalami kerosakan kotak gear di Jalan Semenyih sebelum lampu isyarat simpang tiga berhampiran Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih. Saya datang dari arah Kajang.

Beberapa kali saya mematikan enjin kereta dan menghidupkannya kembali sehingga boleh dipandu masuk ke tempat letak kenderaan di dalam pagar Sekolah Kebangsaan Semenyih. Ketika hendak meletakkan kereta, beberapa kali lagi saya mematikan enjin kereta dan menghidupkannya kembali supaya ia boleh bergerak.

Saya menghubungi mekanik di bengkel kereta yang terletak berhampiran rumah SI kerana saya selalu berurusan dengannya. Dia tidak boleh datang waktu pagi kerana beberapa orang pekerjanya bercuti hari ini. Kira-kira jam 2:50 petang, seorang mekanik memandu Perodua Kelisa, saya duduk di sebelahnya dan seorang lagi rakannya memandu kereta mengekori kami menghala ke Kajang. Kereta saya mengalami kerosakan kotak gear lagi dan menyebabkan ia tidak boleh bergerak walaupun enjinnya masih hidup. Kereta diletakkan di tepi jalan berhampiran kedai perkakasan (hardware) bahan binaan di Jalan Semenyih. Di seberang jalan terletaknya BHP Petrol.

Saya menghubungi pihak eTiQa Takaful untuk perkhidmatan menunda. Kami bertiga pulang dulu ke bengkel di Kajang dengan kereta mekanik. Saya pulang ke rumah selepas isteri datang ke bengkel dengan Proton Exora. Saya memandu kenderaan kembali mendapatkan kereta. Pemandu lori tunda sedang berada di lokasi dan bersedia menaikkan kereta saya ke atas lori. Saya membantu membetulkan stereng kereta ketika ia dinaikkan ke atas lori. Lori bergerak ke bengkel dan saya mengikutnya dari belakang. Ketika perjalanan hampir sampai ke bengkel, kenderaan saya berada di depan pula.

Sejak Perodua Kelisa 1.0 Ezi Special Edition (AUTO) baharu ini telah dibeli dan diterima pada hari Jumaat, 22 Disember 2006, hari ini (Isnin, 28 Mac 2022) merupakan kali pertama mendapat perkhidmatan menunda yang dibayar oleh pihak eTiQa Takaful.

Ahad, 20 Mac 2022

Sekolah Selepas Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022

Kajang, 20/03/2022 - Hari ini merupakan hari terakhir Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana esok bermula Persekolahan Penggal 1, Sesi 2022/2023. Negeri-negeri kumpulan A pula hari ini sepatutnya bermula sesi persekolahan tersebut tetapi dibawa ke hari esok juga (Isnin, 21 Mac 2022).

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022 ialah selama tiga minggu. Esok, murid-murid sekolah rendah akan memulakan Persekolahan Penggal 1, Sesi 2022/2023 secara Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Pelajar-pelajar sekolah menengah pula akan memulakan persekolahan penggal baharu secara PdP di Rumah (PdPR). Awal April 2022, mereka akan kembali bersemuka untuk PdP di sekolah.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan sebahagian murid sekolah rendah sahaja yang mengikut penggiliran bagi menjalankan sesi PdP di sekolah dan PdPR. 

Sepanjang Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022, kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Ahad, 20 Mac 2022) kami tidak menghantar anak sulung dan anak kedua ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu kerana PdPR akan bermula esok.

Sabtu, 19 Mac 2022

Buku Teks Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan 2022

Kajang, 19/03/2022 - Saya sedang berada di rumah TJ ketika menerbitkan artikel ini. Jom kita kongsi maklumat berkenaan buku teks Bahasa Arab sekolah rendah program j-QAF dalam bentuk digital untuk kegunaan persekolahan sesi 2022/2023. Saya meletakkan pautan Buku Teks Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan 2022 di ruang catatan ini supaya ia berkekalan jika tiada apa-apa masalah.

Khamis, 17 Mac 2022

Muat Turun Bahan Bahasa Arab 2022

Kajang, 17/03/2022 - Saya sedang berada di rumah SI ketika menerbitkan artikel ini kerana sekolah-sekolah di negeri Selangor dan seluruh negara Malaysia masih bercuti pada hari ini (Cuti Persekolahan Untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022). Takwim persekolahan dipinda kerana mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Persekolahan Penggal 1, Sesi 2022/2023 akan bermula pada hari Isnin, 21 Mac 2022. Saya meletakkan bahan-bahan Muat Turun Bahasa Arab 2022 di ruang catatan ini supaya ia berkekalan jika tiada apa-apa masalah.

Anda dibenarkan untuk memuat turun bahan-bahan yang ada di laman blog ini. Buat suntingan selepas dimuat turun mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

Bahan-bahan tersebut ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), Borang Rekod Pentaksiran (BRP), Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH), Buku Teks dan lain-lain.

Bahasa Arab Tahun Satu 2022:

DSKP di https://drive.google.com/file/d/0BzyAS-rxUc-eTjRpcm9IVWhJMVk/view

Bahasa Arab Tahun Dua 2022:

Bahasa Arab Tahun Tiga 2022:

Bahasa Arab Tahun Empat 2022:

Bahasa Arab Tahun Lima 2022:

Bahasa Arab Tahun Enam 2022:

Selasa, 15 Mac 2022

Konsert Minggu Ini, NazreyXHijjaz 2022

Kuala Lumpur, 15/03/2022 - Saya telah memandu kereta bertolak meninggalkan tempat letak kenderaan di Wisma Radio, Angkasapuri di Bukit Putra tepat jam 12:00 tengah malam dan sampai ke dalam pagar rumah SI di Kajang pada jam 12:25 tengah malam setelah memandu kereta sejauh 27.1 kilometer.

Saya memandu kereta keluar dari kawasan Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Lebuhraya Baru Pantai (E10), Jalan Pantai Baharu dan masuk ke Lebuhraya Persekutuan serta Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37). Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Saya meneruskan pemanduan di E7 dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta selamat sampai ke rumah.

Saya pulang ke rumah selepas tamat program rakaman bagi siaran Konsert Minggu Ini, NazreyXHijjaz di Auditorium Perdana. Ia akan disiarkan pada hari Sabtu, 2 April 2022 bersamaan dengan 30 Syaaban 1443 di RTM (TV2 atau TV1). Rakan-rakan nasyid yang terlibat ialah kumpulan Hijjaz dan Nazrey Johani.

Ahad, 13 Mac 2022

Percutian ke Putrajaya 2022

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Putrajaya selama 2 hari 1 malam. Cuma hari ketiga sudah sampai di rumah TJ selepas hari kedua bertolak dari Ayer@8 Putrajaya. Pada bulan Mac 2022 ini, kami bertujuh sempat berada di tiga buah rumah sendiri iaitu di SI, TTD dan TJ. Putrajaya merupakan tempat percutian di kawasan bandar yang terletaknya pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Putrajaya ialah Bandar Dalam Taman. Kami menginap di sebuah pangsapuri tiga bilik tidur (homestay), B-3-5 (Blok B - Tingkat 3 - Nombor 5), Tamara Residence, Jalan Temoleh P8/4, Presint 8, 62000 Putrajaya. Ada beberapa buah keluarga emak mentua saya juga menginap di sini. Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022.

Jumaat, 11 Mac 2022 (hari pertama). Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran yang ketiga anak keempat kami. Umurnya cukup tiga tahun pada hari ini. Saya, isteri, lima orang anak kami dan emak mentua saya bertolak dari rumah TJ dan sampai ke Putrajaya selepas saya memandu Proton Exora dari Kajang. Kami bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Ramal - E18 (RM1.80), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Persiaran Utara, Lebuh Sentosa serta melalui jalan-jalan yang lain. Keluarga Kak Cik sudah berada di kediaman B-3-5. Selepas keluarga kami sampai, keluarga Bang Y sampai sebelum waktu Maghrib dan keluarga Bang Ajei pula sampai pada waktu Maghrib. Saya memimpin jemaah solat Maghrib. Kami dengan tiga buah kenderaan pergi ke sebuah restoran di Nelayan Kitchen yang terletak di Ayer@8 Putrajaya. Saya meletakkan kenderaan di hujung Jalan P8G/13, Presint 8. Keluarga Siti Hawa (anak saudara isteri saya) dan keluarga Kak Ina sampai terus ke restoran. Kami makan malam di sini sambil menyambut hari kelahiran bagi mereka yang lahir pada bulan Mac iaitu anak keempat saya, emak mentua saya, Kak Cik serta suami dan suami kepada Kak Ina. Selepas makan, kami bersiar-siar di tepi Tasik Putrajaya. Keluarga Siti Hawa, keluarga Kak Ina dan keluarga Bang Ajei pulang ke rumah masing-masing. Emak mentua saya, keluarga Kak Cik, keluarga kami dan keluarga Bang Y kembali ke kediaman B-3-5. Solat dan bersedia untuk bermalam di sini.

Sabtu, 12 Mac 2022 (hari kedua). Bangun, solat Subuh berjemaah dan berehat. Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima kami keluar dengan kenderaan serta membeli sarapan pagi di Restoran ZF Ore Kampung, Jalan P8G/1, Presint 8. Pulang ke Tamara Residence dan bersarapan pagi di kediaman B-3-5. Saya, isteri, lima orang anak kami dan emak mentua saya bertolak dari Putrajaya ke rumah TJ. Keluarga Bang Y dengan kenderaan mereka mengikut kami dari belakang. Keluarga Kak Cik yang paling akhir meninggalkan Putrajaya. Saya memandu kenderaan di Jalan Temoleh P8/4, Jalan P8G, Jalan P8H, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Persiaran Utara, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Ramal - E18 (RM1.80), Plaza Tol Bukit Kajang - E18 (RM1.80), Jalan Semenyih dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan. Keluarga Bang Y mengikut kami sampai ke rumah TJ. Emak mentua saya mengambil beg pakaian dari rumah kami dan menaiki kenderaan keluarga Bang Y pula untuk bercuti ke negeri lain.

Pusingan kedua. Sabtu, 12 Mac 2022 (hari kedua). Saya, isteri dan lima orang anak kami ke rumah SI sebelum waktu Maghrib. Selepas solat Maghrib, kami keluar hendak ke Putrajaya lagi. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta melalui Persiaran Impian Perdana, Persiaran Saujana Impian, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Balak - E18 (RM1.80), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Persiaran Utara, Lebuh Sentosa, Jalan P8H, Jalan P8G dan Jalan P8G/13. Saya meletakkan kenderaan di hujung Jalan P8G/13, Presint 8. Kami ke sebuah restoran di Teh Tarik Place yang terletak di Ayer@8 Putrajaya. Makan malam di sini selepas saya membayar sebanyak RM84.65 untuk harga makanan dan minuman menggunakan aplikasi eWallet. Tempah makanan serta minuman di kaunter, bayar, juadah dihantar ke meja dan makan. Selepas makan, kami bersiar-siar di tepi Tasik Putrajaya. Dua orang anak sempat mengayuh dua buah basikal. Tiba masa untuk pulang ke rumah. Saya memandu kenderaan meninggalkan Ayer@8 Putrajaya melalui Jalan P8G/13, Jalan P8G, Jalan P8H, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Persiaran Utara, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Jalan Sungai Chua, Jalan Semenyih dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan.

Ahad, 13 Mac 2022 (tambahan). Tepat jam 12:00 tengah malam, Proton Exora yang saya pandu telah sampai di depan pintu pagar rumah TJ selepas memandu sejauh 22.3 kilometer dari Ayer@8 Putrajaya. Saya, isteri dan lima orang anak kami masuk ke dalam rumah, solat dan tidur.

Sabtu, 5 Mac 2022

Percutian ke Melaka 2022

Saya, isteri, lima orang anak kami dan emak mentua saya telah bercuti di daerah Melaka Tengah selama 2 hari 1 malam. Ia merupakan tempat pecutian di kawasan pantai. Kami menginap di pangsapuri bernombor 309, Riviera Bay Resort Condominium, Jalan Tanjung Kling, 76400 Melaka. Rumah pangsa yang mempunyai ruang dapur, dua buah bilik tidur, dua buah bilik air (tandas) dan ruang tamu yang menpunyai sofa berbentuk katil. Sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang di biik tidur pertama serta dua buah katil bujang di bilik tidur kedua. Tempahan bilik dan bayaran dibuat dalam talian (RM223.88). Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022.

Jumaat, 4 Mac 2022 (hari pertama). Kami bertujuh dan emak mentua saya bertolak dari daerah Jasin serta sampai ke perkarangan Riviera Bay Resort Condominium pada jam 5:15 petang selepas saya memandu Proton Exora yang jaraknya kira-kira 46 kilometer. Jalan-jalan raya yang dilalui oleh kenderaan kami ialah Jalan Bunga Matahari, Jalan Bunga Raya, Jalan Felda Air Kangkung, Jalan Selandar - Alor Gajah, Jalan Simpang Gading - Ayer Pasir, Jalan Durian Tunggal - Simpang Gading, Jalan Tangkak - Durian Tunggal, Jalan Padang Keladi, Lebuh SPA (Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh), Jalan Krubong, Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin), Jalan Tanjung Minyak, Jalan Batang Tiga dan Jalan Tanjung Kling. Saya meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan. Naik lif dari G ke tingkat 3 dan masuk ke rumah pangsa. Solat dan turun semula. Pergi mandi di kolam renang yang terletak di tingkat 1. Naik semula ke kediaman 309, mandi, bersiap diri, solat dan keluar dengan menaiki kenderaan. Makan malam di Medan Selera Kabin (Cabin Food Court), Klebang Besar. Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukannya di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Klebang Besar dan Klebang Kecil. Pulang ke kediaman 309, solat dan bersedia untuk bermalam di sini.

Sabtu, 5 Mac 2022 (hari kedua). Bangun, solat Subuh, berehat dan bersarapan pagi di kediaman 309. Saya turun ke bawah melihat kawasan persekitaran Riviera Bay Resort Condominium. Ada banyak kediaman yang tidak diurus dengan baik. Saya sempat bersembang dengan dua orang pekerja pembersihan. Tiada kedai dan tiada kafeteria di dalam kawasan pangsapuri ini. Kawasan berpagar untuk ke pantai dan laut memang terlalu dekat tetapi pintu pagarnya dikunci untuk keselamatan kediaman yang pernah diceroboh. Walaupun begitu, kolam renang dijaga dengan baik. Kami mandi lagi di kolam pagi ini. Kembali ke kediaman 309, mandi dan bersiap-siap untuk mendaftar keluar. Sebelum jam 12:00 tengah hari, kami beredar meninggalkan kawasan rumah pangsa berkenaan dan terus pergi ke Pantai Klebang. Makan tengah hari di kedai makan Santai Sini. Ada pelbagai jenis menu Asam Pedas. Sebelum pulang ke daerah Jasin, kami singgah ke Taman Rambai Permai melawat isteri kepada anak saudara isteri saya dan bayi mereka yang baru lahir pada bulan Februari 2022.

Selasa, 1 Mac 2022

Cuti Musim Hujan 1 Mac 2022

Kuala Lipis, 01/03/2022 - Saya, isteri dan lima orang anak kami masih berada di rumah emak saya. Kami bertujuh sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022.

Selasa, 1 Mac 2022 bersamaan dengan 27 Rejab 1443 (Israk dan Mikraj). Waktu azan Subuh pada jam 6:15 pagi tadi di daerah Lipis, hujan renyai-renyai iaitu hujan rintik-rintik (gerimis) masih turun. Hujan lebat juga pernah turun akhir bulan Februari 2022 di Pahang ini. Terengganu dan Kelantan pula dilanda banjir luar jangka kerana hujan turun berterusan dikedua-dua negeri tersebut.

Banjir di Terengganu melibatkan lapan daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang. Di Kelantan pula melibatkan tujuh daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web rasmi melaporkan berkenaan aras air pagi ini (01/03/2022) di Pahang kebanyakannya telah melebihi tahap WASPADA. Sementara itu di Terengganu. Jam 9:45 pagi di Sungai Dungun, Jambatan Jerangau, Dungun, aras air 13.75 meter telah melebihi tahap BAHAYA (12.5 meter) sebanyak 1.25 meter. Jam 10:00 pagi di Sungai Kemaman, Rumah Pam Raya Paman, Kemaman, aras air 6.45 meter telah melebihi tahap BAHAYA (4 meter) sebanyak 2.45 meter. Jam 10:00 pagi di Sungai Nerus, Kampung Bukit, Setiu, aras air 12.78 meter telah melebihi tahap AMARAN (12 meter) sebanyak 0.78 meter. Jam 9:45 pagi di Sungai Nerus, Kampung Jeram, Kuala Nerus, aras air 2.21 meter telah melebihi tahap WASPADA (2 meter) sebanyak 0.21 meter.

Di Kelantan pula, pihak JPS melaporkan berkenaan aras air pagi ini (01/03/2022) kebanyakannya telah melebihi tahap AMARAN dan WASPADA.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.