Isnin, 30 Mei 2022

PBD Sekolah Kebangsaan Mei 2022

Bangi, 30/05/2022 - Guru-guru Bahasa Arab dan guru-guru mata pelajaran yang lain berkumpul di Bilik Semarak Kasih, Sekolah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi bagi menghadiri Bengkel Pembinaan Item Kuiz Pembelajaran Tahun 1 Hingga Tahun 6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Daerah Hulu Langat selama dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2022.

Apakah PBD? PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

Bila PBD bermula? PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

Apakah perbezaan PBS dan PBD? PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Isnin, 16 Mei 2022

Hari Guru 2022

Kota Bharu, 16/05/2022 - Bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Bachok), Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 diadakan pagi ini di Kelantan. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’. Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin ialah Menteri Pendidikan 2022.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia. 1-Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 2-Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 3-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 4-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 5-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 6-Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Ikrar Hari Guru. Bahawasanya kami. Guru-guru negara Malaysia. Dengan ini berikrar. Mendukung terus cita-cita kami. Terhadap tugas kami. Dan menyatakan keyakinan kami. Pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami akan berbakti. Kepada masyarakat. Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung. Perlembagaan negara. Kami mengamalkan. Prinsip-prinsip Rukun Negara. Pada setiap masa.

Ahad, 8 Mei 2022

Cuti Ramadhan dan Syawwal 1443

Jelebu, 08/05/2022 - Saya, isteri dan lima orang anak kami telah berada di kawasan asrama dan sekolah menengah agama anak sulung serta anak kedua di daerah ini petang tadi bagi hari terakhir cuti. Kami bertujuh telah bercuti sekolah sempena akhir Ramadhan dan awal Syawwal 1443 selama 9 hari. Pergi ke Jelebu bertujuh dan balik ke Kajang berlima.

28 Ramadhan 1443 (Sabtu) 30 April 2022 (hari pertama). Dari Selangor ke Pahang. Kami bertujuh telah sampai ke rumah TTD pada waktu tengah hari. Saya memandu Proton Exora dari Selangor melalui Negeri Sembilan dan sampai ke Pahang kerana mengelak kesesakan lalu lintas di Selangor, Kuala Lumpur serta sempadan Selangor dan Pahang yang dipisahkan dengan terowong di lebuh raya ke Timur. Kami bermalam di rumah TTD.

29 Ramadhan 1443 (Ahad) 1 Mei 2022 (hari kedua). Di Pahang. Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah emak kandung di kampung. Waktu malam, adik ketiga saya, suaminya dan dua orang anak mereka sampai. Kami bermalam di rumah emak kandung.

1 Syawwal (Isnin) 2 Mei 2022 (hari ketiga). Di Pahang. Waktu pagi sebelum Subuh, adik keempat saya, suaminya dan dua orang anak mereka sampai ke rumah emak kandung. Solat sunat Aidilfitri di masjid kampung ini. Kami berhari raya ke beberapa buah rumah saudara-mara di kampung yang lain sekitar daerah Lipis. Adik keenam saya, isterinya dan seorang anak mereka sampai ketika kami sedang berhari raya. Kami semua ke rumah TTD, solat dan berehat sebelum kembali ke kampung. Kami bermalam di rumah emak kandung.

Syawwal (Selasa) 3 Mei 2022 (hari keempat). Di Pahang. Adik kelima saya datang seorang ke rumah emak kandung. Isterinya dan dua orang anak mereka ada di kampung sebelah. Kami bertujuh dan keluarga adik keempat saya pergi ke rumah TTD. Mereka datang sekejap sahaja untuk mandi kerana ada masalah bekalan air di kampung. Pakaian kami yang telah dicuci dengan mesin basuh, dibawa ke kedai dobi layan diri dan dikeringkan dengan mesin. Balik semula ke kampung. Tunggu sampai ke malam, adik kedua saya, suaminya dan tiga orang anak mereka tetapi tidak sampai. Kami pulang dan bermalam di rumah TTD.

Syawwal (Rabu) 4 Mei 2022 (hari kelima). Dari Pahang ke Selangor dan Melaka. Kami bertujuh dari rumah TTD ke rumah SI. Saya memandu Proton Exora. Jaraknya ialah kira-kira 180 kilometer. Bertolak pada jam 8:20 pagi dan sampai pada jam 11:20 pagi termasuk berhenti di tiga buah tandas awam iaitu tandas awam Petronas Mukim Gali Raub, tandas awam Plaza Tol Bentong dan tandas awam Hentian Sebelah Gombak Arah Barat. Berehat, solat dan sebagainya di rumah SI. Kemudian, keluar semula dan kami ke rumah emak mentua di kampung yang terletak di Jasin. Kami bermalam di rumah emak mentua.

Syawwal (Khamis) 5 Mei 2022 (hari keenam). Di Melaka dan berhari raya di Johor. Kami bertujuh dan beberapa orang ahli keluarga di sebelah isteri saya berhari raya ke rumah adik-beradiknya di Segamat. Kami pulang ke Jasin dan bermalam di rumah emak mentua.

Syawwal (Jumaat) 6 Mei 2022 (hari ketujuh). Dari Melaka ke Selangor dan singgah berhari raya di Negeri Sembilan. Di Selandar (Jasin), pakaian kami yang telah dicuci dengan mesin basuh, dibawa ke kedai dobi layan diri dan dikeringkan dengan mesin. Solat Jumaat di masjid kampung ini. Dari Jasin, kami pergi ke kawasan berhampiran Seremban. Kami bertujuh berhari raya ke rumah adik-beradik isteri di Paroi. Kami pulang ke Kajang dan bermalam di rumah TJ.

Syawwal (Sabtu) 7 Mei 2022 (hari kelapan). Di Selangor. Ada orang berhari raya ke rumah TJ hari ini iaitu anak-anak kariah TJ (pagi) dan juga ahli keluarga isteri (malam). Ketika makan tengah hari di restoran kawasan TJ di Kajang, pakaian kami yang telah dicuci dengan mesin basuh, dibawa ke kedai dobi layan diri dan dikeringkan dengan mesin. Kami bertujuh dari rumah TJ ke rumah SI. Kami bermalam di rumah SI.

Syawwal (Ahad) 8 Mei 2022 (hari kesembilan). Di Selangor dan menghantar dua orang anak ke asrama sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Mereka berdua bermalam di asrama sekolah (Jelebu) dan kami berlima bermalam di rumah SI (Kajang).

Ahad, 1 Mei 2022

Ahad, Cuti Hari Pekerja dan Aidilfitri 1443/2022

Kuala Lipis, 01/05/2022 - Saya, isteri dan lima orang anak kami masih berada di rumah TTD. Hari ini ialah Ahad, 1 Mei 2022. Kami bertujuh telah sampai ke rumah TTD tengah hari semalam (Sabtu, 30 April 2022) dari Selangor melalui Negeri Sembilan dan sampai ke Pahang. Ia lebih jauh kira-kira 94 kilometer kerana mengelak kesesakan lalu lintas lebuh raya di Selangor, Kuala Lumpur, masuk semula ke Selangor yang bersempadan dengan Pahang.

Hari terakhir bulan April 2022, saya telah memandu Proton Exora dari rumah SI (bukan rumah TJ). Di Kajang, masuk ke LEKAS iaitu Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) dan menyusuri simpang masuk ke Jalan Temiang - Pantai (FT366). Terus ke Jelebu (Kuala Klawang, Kampung Kerangai dan Simpang Durian). Melalui Simpang Pelangai, bandar Karak, Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) menghala ke Barat (tanpa tol), Pintasan Bentong (Central Spine Road), bandar Raub dan Kuala Lipis. Kami tidak melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) menghala ke Timur kerana mengelak kesesakan lalu lintas.

Hari pertama bulan Mei 2022, saya, isteri, anak keempat dan kelima membeli barang-barang keperluan di bandar Kuala Lipis. Pergi ke bandar baharu dan bandar lama. Anak sulung, kedua dan ketiga berada di rumah TTD.

Cuti selama 9 hari (30 April hingga 8 Mei 2022). Cuti mingguan pada Sabtu, 30 April dan Ahad, 1 Mei 2022. Cuti Hari Pekerja dibawa ke Isnin, 2 Mei 2022. Cuti Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 2 Mei, Selasa, 3 Mei dan Rabu, 4 Mei 2022. Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Khamis, 5 Mei dan Jumaat, 6 Mei 2022. Cuti mingguan pada Sabtu, 7 Mei dan Ahad, 8 Mei 2022.

Sabtu, 30 April 2022 ialah 28 Ramadhan 1443. Ahad, 1 Mei 2022 ialah 29 Ramadhan 2022. Isnin, 2 Mei 2022 ialah 1 Syawwal 1443. Selasa, 3 Mei 2022 ialah 2 Syawwal 1443. Rabu, 4 Mei 2022 ialah 3 Syawwal 1443. Khamis, 5 Mei 2022 ialah 4 Syawwal 1443. Jumaat, 6 Mei 2022 ialah 5 Syawwal 1443. Sabtu, 7 Mei 2022 ialah 6 Syawwal 1443. Ahad, 8 Mei 2022 ialah 7 Syawwal 1443.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.