Sabtu, 11 Jun 2022

Pesta Buku Antarabangsa KL 2022

Kuala Lumpur, 11/06/2022 - Saya memandu Proton Exora bertolak dari rumah TJ kira-kira jam 8:45 pagi. Isteri dan lima orang anak kami berada di rumah TJ. Jarak perjalanan ke bandar Kajang ialah kira-kira 4 kilometer sahaja. Saya meletakkan kenderaan berhampiran dengan pintu masuk utama Stadium Kajang dan stesen MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa di Stesen Stadium Kajang.

Saya menaiki MRT di Stesen Stadium Kajang yang bergerak pada jam 9:15 pagi. Turun di Stesen Merdeka iaitu stesen sambungan (stesen pertukaran) ke stesen LRT (Light Rapid Transit) atau Transit Aliran Ringan yang menggunakan satu tambang. Saya menaiki LRT di Stesen Plaza Rakyat dan turun di Stesen PWTC. Kadar tambangnya ialah RM5.30 (Kad Touch 'n Go).

PWTC ialah Putra World Trade Centre yang kini dikenali sebagai World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur atau Pusat Dagangan Dunia KL. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 sedang berlangsung di WTC. Ia juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2022.

Waktu operasi PBAKL 2022 ialah setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Ia beroperasi mulai 3 hingga 12 Jun 2022 iaitu selama 10 hari. Masuk adalah percuma. Negeri Tamu ialah Selangor. PBAKL 2022 diadakan semasa Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023.

Cuti sekolah untuk 
Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023 ialah selama 9 hari. Negeri-negeri kumpulan A bercuti sekolah mulai Jumaat, 3 Jun 2022 hingga Sabtu, 11 Jun 2022 dan negeri-negeri kumpulan B bercuti sekolah mulai Sabtu, 4 Jun 2022 hingga Ahad, 12 Jun 2022.

Hari ini (Sabtu, 11 Jun 2022) ialah hari ke-9 PBAKL 2022. Datanglah beramai-ramai ke WTC Kuala Lumpur. Negeri-negeri kumpulan B masih ada masa lagi untuk ke PBAKL 2022 kerana esok (Ahad, 12 Jun 2022) ialah hari terakhir (hari ke-10) jika tidak cukup waktu untuk pergi ke semua dewan pameran.

Pelbagai jenis makanan dan minuman ada dijual di luar bangunan WTC Kuala Lumpur yang terletak berhampiran laluan pejalan kaki ke stesen LRT dan stesen komuter (kereta api elektrik yang berulang-alik untuk mengangkut penumpang ke pusat bandar, tempat kerja dan sebagainya).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.