Selasa, 12 Julai 2022

Sekolah Ambil Cuti Peristiwa 12 Julai 2022

Kajang, 12/07/2022 - Selangor dan Negeri Sembilan ialah antara negeri-negeri kumpulan B yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Terdapat sekolah-sekolah yang mengambil cuti peristiwa sebagai cuti tambahan sempena Hari Raya Aidiladha 1443.

Sekolah tempat saya dan isteri mengajar iaitu Sekasih dan Senada mengambil cuti peristiwa pada hari ini (Selasa, 12 Julai 2022). Sekolah tempat anak-anak kami belajar juga mengambil cuti peristiwa hari ini. Taska juga bercuti sehingga hari ini.

Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami dari Jumaat, 8 Julai 2022 hingga Selasa, 12 Julai 2022. Petang tadi, anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.

8 Julai 2022 (Jumaat) 8 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah TTD selepas kami mengambil dua orang anak dari asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu. Saya memandu Proton Exora dalam perjalanan dari Selangor ke Negeri Sembilan dan terus ke Pahang. Kami bertujuh melalui Karak, Bentong, Raub dan Lipis. 9 Julai 2022 (Sabtu) 9 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah emak suami.

10 Julai 2022 (Ahad) 10 Zulhijjah 1443: bermalam di rumah TTD sebab air paip utama tiada sepanjang hari di rumah emak suami. 11 Julai 2022 (Isnin) 11 Zulhijjah 1443: dari rumah TTD balik ke Kajang dan bermalam di rumah SI. Tidak sempat ke rumah TJ. 12 Julai 2022 (Selasa) 12 Zulhijjah 1443: dua orang anak kami telah menaiki bas sewa khas ke asrama sekolah menengah agama.

Jumaat, 1 Julai 2022

1 Julai 2022 (Jumaat) 1 Zulhijjah 1443

Kajang, 01/07/2022 - Hari ini ialah Jumaat, 1 Julai 2022 bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1443. Hari Jumaat ialah penghulu segala hari. Kaum muslimin berkumpul di surau dan masjid menunaikan solat Jumaat. Hari yang utama dan pahala digandakan berbanding hari-hari yang lain.

Waktu petang hingga malam hari ini, saya sedang berada di Kajang. Waktu pagi hingga tengah hari tadi, saya telah berada di Semenyih.

Pihak sekolah mengadakan kejohanan Sekasih Road Run 2022. Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 terlibat dengan acara tersebut. Saya memantau pergerakan mereka dengan mengayuh basikal lipat. Dua orang anggota polis trafik membantu kami guru-guru memudahkan tugas mengawal murid-murid ketika berlari.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.