Rabu, 26 Oktober 2022

Cuti Hari Terakhir Deepavali 2022

Kajang, 26/10/2022 - Hari ini ialah hari terakhir cuti sekolah sempena Deepavali di kebanyakan negeri di Malaysia. Dua hari cuti tambahan yang diberi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahad (23/10/2022) dan Selasa (25/10/2022) untuk negeri-negeri kumpulan A. Selasa (25/10/2022) dan Rabu (26/10/2022) untuk negeri-negeri kumpulan B kecuali Sarawak.

Sabtu, 22 Oktober 2022 (hari pertama). Turun dari Proton Exora. Saya, isteri dan lima orang anak kami berada di rumah TTD setelah sampai selepas tengah malam menempuh kesesakan lalu lintas. Bangun tidur dan melakukan rutin harian. Pergi juga ke bandar. Petang, dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.

Ahad, 23 Oktober 2022 (hari kedua). Dari pintu tepi di sebelah belakang rumah RTP SU ke pintu depan rumah TTD ialah 23.0 kilometer sahaja. Tidak bermalam. Petang, dari rumah TTD ke rumah SI. Bermalam.

Isnin, 24 Oktober 2022 (hari ketiga). Petang, dari rumah SI ke rumah TJ. Bermalam.

Selasa, 25 Oktober 2022 (hari keempat). Saya membuat beberapa urusan di Petaling Jaya (rujuk artikel di laman blog ini yang bertajuk Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) Oktober 2022). Singgah sekejap ke rumah SI seorang diri bertemu Perodua Kelisa. Buat juga urusan berkenaan kad bank di bandar Kajang. Kembali ke rumah TJ. Bermalam.

Rabu, 26 Oktober 2022 (hari kelima). Kami bertujuh masih di rumah TJ pada waktu siang ini. Lima orang akan bermalam di rumah SI dan dua orang lagi akan bermalam di asrama sekolah.

Selasa, 25 Oktober 2022

Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) Oktober 2022

Petaling Jaya, 25/10/2022 - Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) baharu (Sugar Brown) telah dibeli dan diterima oleh saya pada hari ini (Selasa, 25 Oktober 2022) di sebuah pusat jualan kenderaan Perodua. Kereta salun (kereta sedan) yang mempunyai kelebihan ruang but dengan kapasiti 508 liter. Enjin berteknologi DUAL VVT-i (Variable Valve Timing with Intelligence) iaitu Dwi Pemasaan Injap Boleh Diubah (Boleh Laras) dengan Kepintaran. Ketika memandu kereta ini, penunjuk 'eco' menyala untuk memberitahu pemandu apabila pemanduan kita mencapai tahap mesra alam.

Tempoh menunggu giliran untuk mendapatkan kereta Bezza Premium 1.3 X (transmisi automatik) ini ialah selama kira-kira 6 bulan setengah. Sebelum saya memandunya, bacaan meter perbatuan (odometer) kereta ialah 15 kilometer.

Perodua Bezza ditawarkan dalam empat varian bermula dengan model asas iaitu pertama, Standard 1.0 Gxtra (transmisi manual) berharga RM34,580. Kedua, Standard 1.0 Gxtra (transmisi automatik) berharga RM36,580. Ketiga, Premium 1.3 X (transmisi automatik) berharga RM43,980. Keempat (model tertinggi), Advance 1.3 AV (transmisi automatik) berharga RM49,980.

Pelbagai jenis kenderaan saya naik hari ini untuk sampai ke Petaling Jaya bagi mengambil kereta baharu. Semalam (24/10/2022) hari Isnin ialah cuti umum sempena Deepavali.

Saya menaiki bas perantaraan MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa. Bas T459 ke Stesen MRT Stadium Kajang. Naik MRT ke Stesen Kajang. Ia bersambung dengan stesen KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad). Naik tren (komuter) dari Stesen Kajang ke Stesen Kuala Lumpur yang perjalanannya di laluan Batu Caves. Saya hendak membuat pertukaran tren ke laluan Pelabuhan Klang tetapi komuter yang ditunggu belum sampai setelah lama menunggu di platform. Buat keputusan untuk berpatah balik dan turun di Stesen KL Sentral bagi pertukaran tren. Tersalah naik tren pula iaitu ETS (Electric Train Service) dari utara yang menggunakan tiket khas tetapi saya tidak ada tiket tersebut. Sampai di KL Sentral, pihak KTMB membenarkan saya keluar melalui lorong yang menggunakan Kad T'nG (Touch 'n Go). Kad ini digunakan sejak tadi ketika menaiki bas perantaraan dan tren (MRT serta komuter).

Perjalanan diteruskan dengan menaiki komuter dari Stesen KL Sentral ke Stesen Kg Dato' Harun. Turun dari komuter, saya menyewa sebuah teksi bermeter yang sedang menunggu penumpang di luar stesen. Pemandu teksi menghantar saya ke tempat yang dituju.

Apabila urusan penerangan berkaitan kereta dan dokumen selesai, saya memandu Perodua Bezza 1.3 X (AUTO) baharu (Sugar Brown) pulang ke rumah di Kajang. Guna Kad T'nG di beberapa buah plaza tol lebuh raya. Singgah ke rumah SI. Letak kereta di Stesen Sungai Jernih dan naik MRT ke Stesen Stadium Kajang. Berjalan kaki ke sebuah bank kerana membuat penukaran kad debit (MyDebit) yang akan tamat tempoh pada 11/22 (November 2022). Guna mesin sahaja. Kad baharu akan tamat tempoh pada 08/28 (Ogos 2028). Kembali mendapatkan kereta baharu di stesen MRT dan memandu pulang ke rumah TJ. Kami cukup bertujuh orang di sini. Semasa pulang ke rumah TTD beberapa hari lepas, kereta baharu ini belum sempat diambil pada 21/10/2022 (Jumaat).

Rabu, 19 Oktober 2022

Exora Dilanggar CR-V Pada 19/10/2022

Semenyih, 19/10/2022 - Di Sekasih, saya memandu Proton Exora keluar dari kawasan sekolah tempat saya mengajar melalui pintu pagar depan. Kemudian melepasi lampu isyarat yang sedang berwarna hijau di jalan besar simpang tiga berhampiran Masjid Raja Muda Musa. Tidak jauh dari simpang tersebut, saya memperlahankan kenderaan kerana memberi lauan kepada sebuah kereta yang ingin masuk ke simpang di Jalan Besar Kampung Baru. Tiba-tiba saya dilanggar dari belakang oleh Honda CR-V. Masing-masing memandu kenderaan seorang diri. Kami berdua berhenti di tepi jalan dan berbincang. Dia seorang lelaki warga asing dari Korea Selatan bernama Cho Seong Dae (David) mempunyai Lesen Memandu Malaysia (Kelas D). Kami bercakap Bahasa Inggeris. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 1:20 petang.

Saya meneruskan pemanduan ke Kajang dan terus ke bengkel membaiki kenderaan berhampiran rumah SI. Dia pula terpaksa menghadiri mesyuarat terlebih dahulu menghala ke Subang Jaya sebagai perunding pendidikan (education consultancy).

Selepas membuat urusan masing-masing, kami berjumpa semula di bengkel berhampiran rumah saya. Dia juga hendak membaiki Honda CR-V di bengkel sama tempat saya membaiki kenderaan. Dia telah membayar kos kerosakan Proton Exora dengan memindahkan duit ke akaun bank saya melalui perbankan internet. Pintu untuk bonet belakang (rear bonnet) Proton Exora sudah siap diketuk dan bumper belakang juga siap dibaiki (RM270.00). Ia belum dicat tetapi anggaran bayaran untuk cat juga telah dibayar olehnya (RM480.00). Bagi membaiki kerosakan bumper depan Honda CR-V miliknya, dia membayar secara tunai kepada tuan bengkel kenderaan termasuk penghantaran ke rumah.

Sabtu, 1 Oktober 2022

Sejarah Jasin, Melaka

Jasin, 01/10/2022 - Dua orang anak berada di asrama sekolah menengah agama di Negeri Sembilan. Saya, isteri dan tiga orang anak kami yang lain pula berada di Melaka. Dari rumah emak mentua saya ke bandar Jasin (77000) yang terdapat mural (lukisan atau gambar yang besar pada dinding) ialah sejauh 7.7 kilometer sahaja.

Saya memandu Proton Exora membawa isteri dan anak-anak ke bandar Jasin melalui jalan raya M129 (Taman Sri Kemendor dan Taman Kelubi Idaman berhampiran Kolej Vokasional). Saya masuk pula ke M116 (Jalan Sidang Haji Md Nor) iaitu Jalan Kelubi dan terus ke 144, jalan raya di bandar Jasin.

Menurut sumber daripada Wikipedia.org, sejarah awal pembukaan bandar Jasin bermula pada tahun 1918 iaitu di kawasan Kesang Pajak yang mengikut aliran sungai. Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil. Seorang pendatang berketurunan Bugis, Mat Yasin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau telah mendapat kerjasama pihak Inggeris dan kawasan itu dipanggil Jasin (mengikut sebutan orang Inggeris) bersempena dengan nama Yasin. Sejak itu bandar Jasin mula berkembang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.