Sebelum itu, saya memandu Perodua Bezza pergi ke Global Business & Convention Centre sejauh kira-kira 30.5 kilometer. Bertolak meninggalkan rumah SI di Kajang pada jam 1:20 petang. Azan Zohor kedengaran mulai jam 1:25 petang di radio dalam kereta. Saya singgah solat di surau Kawasan Rawat dan Rehat Bukit Dukung, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Perjalanan diteruskan di E7 dan melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Keluar dari plaza tol, kesesakan lalu lintas berlaku. Saya memandu pula di Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan. Keluar dari lebuh raya, masuk ke Jalan Utara, Jalan Semangat, Jalan 14/29 dan Jalan 19/1. Sampai berhampiran pintu pagar utama bangunan Global Business & Convention Centre pada jam 2:35 petang.
Rakan-rakan niaga telah sedia menunggu dan program sedang berlangsung di Jasmine Banquet Hall (Level 4). Apabila ceramah tamat, ada sesi bergambar. Jam 5:00 petang sudah berada di luar bangunan dan berjalan kaki menuju ke tempat letak kereta. Saya memandu kereta pulang ke rumah melalui tiga lebuh raya seperti tadi iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37) dan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30).