Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.
Cuti Penggal 3, Sesi 2022/2023 ialah selama 24 hari. Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Isnin, 2 Januari 2023) anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.
Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah memuat naik Kalendar Akademik Penggal 3, Sesi 2022/2023 dalam halaman Facebook-nya beberapa hari lepas (hujung tahun 2022).
Dalam Kalendar Akademik Penggal 3, Sesi 2022/2023 bagi negeri-negeri kumpulan A ialah sesi persekolahan mulai Ahad, 1 Januari 2023 hingga Khamis, 16 Februari 2023. Cuti persekolahan pula mulai Jumaat, 17 Februari 2023 hingga Sabtu, 18 Mac 2023. Bagi negeri-negeri kumpulan B ialah sesi persekolahan mulai Selasa, 3 Januari 2023 hingga Jumaat, 17 Februari 2023. Cuti persekolahan pula mulai Sabtu, 18 Februari 2023 hingga Ahad, 19 Mac 2023.