Isnin, 20 Februari 2023

Tasik Villa Putrajaya 2023

Saya, isteri dan empat orang anak kami telah bercuti di Putrajaya selama 2 hari 1 malam. Anak sulung kami yang tinggal di asrama sekolah tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Putrajaya merupakan tempat percutian di kawasan bandar yang terletaknya pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Putrajaya ialah Bandar Dalam Taman. Kami menginap di sebuah banglo tiga tingkat yang mempunyai enam bilik tidur (homestay) berharga RM1650.00 untuk 1 malam dan ada kolam renang di dalam kawasan sendiri. Penginapan di Tasik Villa Putrajaya (D'Bridge Villa) yang beralamat di nombor 16, Jalan Temoleh P8/7, Presint 8, 62250 Putrajaya. Dari sini boleh nampak Jambatan Seri Wawasan di Lebuh Wawasan. Kami bercuti bersama beberapa orang ahli keluarga di sebelah isteri (anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan cicit-cicit kepada emak mentua saya). Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2022/2023.

Ahad, 19 Mac 2023 (hari pertama). Saya, isteri serta anak-anak bertolak dari rumah SI pada jam 5:50 petang dan sampai di depan banglo bernombor 16 pada jam 6:30 petang selepas pemanduan kenderaan sejauh 25.3 kilometer. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta melalui Persiaran Impian Perdana, Persiaran Saujana Impian, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Balak - E18 (RM1.66), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Persiaran Utara, Lebuh Sentosa, Jalan P8H, Jalan P8G, Jalan Temoleh P8/6 dan Jalan Temoleh P8/7. Saya memimpin bacaan ayat-ayat al-Quran, doa dan jemaah solat Maghrib. Kami makan malam di banglo ini sambil menyambut hari kelahiran emak mentua saya (sambutan pada Februari kerana Mac 2023 akan tiba bulan Ramadhan 1444). Solat Isyak. Mandi kolam. Ada yang pulang kerana esok hari bekerja dan ada yang bermalam di sini termasuk kami sekeluarga.

Isnin, 20 Mac 2023 (hari kedua). Bangun, solat Subuh dan berehat. Saya, isteri dan anak-anak masih berada di banglo ini. Bersarapan pagi dan berenang di kolam. Waktu tengah hari, kami semua mendaftar keluar dari banglo di Tasik Villa Putrajaya. Kami sekeluarga meninggalkan Jalan-jalan Temoleh di Putrajaya dan masuk ke Jalan P8G serta Jalan P8H. Saya meneruskan pemanduan di Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Persiaran Utara, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Balak - E18 (RM1.66), Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Persiaran Saujana Impian, Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan kembali ke rumah SI.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.