Ahad, 24 Disember 2023

Glory Beach Resort, Port Dickson 2023

Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang bercuti di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Ia merupakan tempat percutian di kawasan pantai yang terletak di Negeri Sembilan. Kami telah beberapa kali pergi ke Port Dickson sebelum ini. Seramai tujuh orang menginap di sebuah pangsapuri dua bilik tidur (homestay), F-5-4 (Blok F - Tingkat 5 - Nombor 4), Glory Beach Resort Port Dickson (Ruiyas Sea View Condominium), Batu 2, Jalan Seremban (Jalan Tanjung Gemuk), 71000 Port Dickson.

Kami menginap di sebuah pangsapuri dua bilik tidur. Sebuah katil kelamin di bilik pertama dan sebuah katil bujang di bilik kedua. Juga mempunyai balkoni menghadap laut, sebuah tandas (bilik air), sebuah ruang tamu, sebuah ruang makan, sebuah ruang dapur dan sebuah ruang jemuran. Tempahan bilik (homestay) dan bayaran dibuat dalam talian (RM239.40). Bayaran deposit RM100.00 (dalam talian) dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti. Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024.

Sabtu, 23 Disember 2023 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada jam 12:53 tengah hari. Saya memandu Proton Exora bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan, jalan-jalan raya dan masuk ke LEKAS iaitu Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) melalui Plaza Tol Kajang Selatan. Keluar dari lebuh raya E21 melalui Plaza Tol Setul (percuma) dan menghala ke bandar Seremban. Kesesakan lalu lintas bermula di Jalan Semenyih dan sebelum plaza tol masuk ke LEKAS. Proton Exora terhenti enjinnya di Jalan Tun Dr Ismail, Seremban iaitu 500 meter sebelum stesen minyak Petronas Jalan Tun Dr Ismail. Kami menghubungi pihak eTiQa Takaful untuk perkhidmatan menunda. Kami bertujuh menunggu di pondok hentian bas. Lori tunda tiba selepas satu jam menghubungi pihak takaful dan bengkel. Kami bertujuh berada di dalam Proton Exora ketika ia dinaikkan ke atas lori tunda dan kami dibawa ke bengkel kenderaan di Seremban 2. Saya berurusan pula dengan pihak Grab dan menempah kenderaan. Solat sementara menunggu. Toyota Vellfire (hitam) tiba. Pindahkan kesemua barang daripada kenderaan kami dan kembali ke rumah TJ (RM121.30), saya menggunakan aplikasi dompet (wallet) perbankan internet melalui telefon pintar. Letak barang ke dalam Perodua Bezza, solat, makan dan kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada jam 6:19 petang. Isi petrol di Petronas Jalan Semenyih (RM50.00) pada jam 6:40 petang dan pembelian barang-barang di kedai Mesra Petronas (RM104.00). Hari masih hujan. Keluar dari LEKAS dan menghala ke bandar Seremban. Masuk pula ke Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) dengan tol percuma pada jam 8:03 malam. Kad Touch 'n Go digunakan di lebuh raya E21 dan E29 tetapi pihak lebuh raya ini masih belum menggunakan aplikasi eWallet (PayDirect). Hujan sudah reda. Saya memandu keluar dari lebuh raya E29 menghala ke Lukut. Akhirnya kami sampai ke depan pintu utama Glory Beach Resort selepas memandu sejauh kira-kira 70.5 kilometer dari Kajang ke Port Dickson termasuk singgah ke Petronas Jalan Semenyih. Sepatutnya kami mendaftar masuk ke homestay pada jam 3:00 petang. Oleh kerana berlaku perkara di luar jangkaan, kami mendaftar masuk pada waktu malam. Kunci homestay diambil sendiri dari dalam kotak di depan pintu pangsapuri menggunakan kata laluan. Mandi dan solat. Hujan kembali turun. Saya dan anak ketiga sahaja berjalan kaki ke Warong Nek Menah, Taman Sri Tanjong, membungkus makanan serta minuman (RM47.00). Kembali ke kediaman F-5-4. Makan dan minum di homestay. Bersedia untuk bermalam di sini.

Ahad, 24 Disember 2023 (hari kedua). Bangun, solat dan besarapan pagi di homestay. Kami mandi di kolam renang dan ke pantai, mandi laut pula pagi ini. Kembali ke homestay.

Kami mendaftar keluar pada jam 12:00 tengah hari. Saya menerbitkan artikel ini menggunakan telefon pintar ketika meninggalkan homestay tetapi masih berada di dalam kawasan Glory Beach Resort sebelum memandu kereta ke destinasi yang seterusnya. Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024 masih ada. Kami boleh berada di Jasin pada minggu kedua cuti sekolah kerana kami telah berada di Kuala Lipis pada minggu pertama cuti sekolah bulan Disember 2023.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.