Jumaat, 22 Disember 2023

Kem Intensif Hafazan Disember 2023

Bandar Baru Bangi, 22/12/2023 (Jumaat) - Hari ini merupakan hari terakhir, dua orang anak saya berada di Kem Intensif Hafazan Disember 2023 tanpa bermalam (dari jam 8:00 hingga 11:30 pagi). Hari pertama dan kedua kem, kami berada di Kuala Lipis. Jadi, mereka berdua cuma menghadiri kem pada hari ketiga, keempat dan kelima di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Kem menghafaz al-Quran ini diadakan ketika Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024.

Program ini dianjurkan oleh Biro Perhubungan dan Ekonomi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) dengan bayaran RM100.00 untuk seorang peserta. Pelajar-pelajar yang berumur di antara 13 hingga 19 tahun dari sekolah-sekolah lain boleh menyertainya. Kem yang sama turut diadakan pada hari yang sama di lokasi-lokasi seperti Surau Darul Ulum di SMAPUTRA, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Masjid al-Ikhlas di Seksyen 13 Shah Alam dan Masjid Taman Sutera di Kajang.

Proton Exora yang saya pandu bergerak pagi tadi membawa dua orang anak ke Bandar Baru Bangi untuk hari terakhir bagi menghadiri Kem Intensif Hafazan. Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) di Kilometer 20.1 dan membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Bukit Kajang menuju ke Bandar Baru Bangi. Saya terus memandu di E18 dan melalui Plaza Tol Sungai Ramal (B) RM1.66 ke destinasi. Simpang di Kilometer 20.1 tersebut cuma boleh masuk ke E18 sahaja tetapi tidak boleh keluar dari E18 ke kawasan TJ bagi kenderaan yang datang dari arah Putrajaya.

Saya memandu kenderaan bertolak pada jam 7:35 pagi dari pintu pagar depan rumah TJ dan sampai pada jam 7:52 pagi di pintu pagar utama Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Jarak perjalanan ialah sejauh 13.1 kilometer sahaja dari pintu pagar rumah ke pintu pagar masjid. Saya meletakkan kenderaan di dalam kawasan masjid. Anak kedua dan ketiga menghadiri kem di masjid ini. Saya kembali memandu kenderaan dan membuat urusan-urusan lain di lokasi yang lain.

Anak sulung akan berada di rumah TJ, kebiasaannya kalau pulang bercuti akan sampai antara waktu Asar dan Maghrib ke sini dengan pengangkutan awam. Anak kedua dan ketiga sudah berada di rumah ini sejak tengah hari tadi selepas pulang dari Kem Intensif Hafazan. Anak keempat dan kelima sedang tidur. Saya, isteri dan emak mentua juga sedang berada di rumah TJ. Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024 masih ada. Kami boleh lagi pergi bercuti dan berada di Jasin pada minggu kedua cuti sekolah kerana kami telah berada di Kuala Lipis pada minggu pertama cuti sekolah bulan Disember 2023.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.