HP Chromebook ini bersaiz 11.6 inci pada skrinnya (Full HD) dengan resolusi 1366 x 768 piksel dilengkapi dengan kamera HD. Pemproses (processor) Intel Celeron N3060 (1.60GHz, turbo up to 2.48GHz), 2MB 1600MHz L2 cache, 2 cores. Grafik (Intel HD Grfaphics 400). Dilengkapi RAM (Random Access Memory) 4GB LPDDR3. Media penyimpanan 16GB serta sambungan internet yang membebaskan Chromebook daripada keterbatasan Wi-Fi dan Bluetooth 4.2 (wireless). I/O (Input/Output) Ports (USB 3.1, HDMI, Memory Card Slot and Audio Jack). Simpanan maklumat dalam talian (teknologi awan). Boleh pasang aplikasi daripada Gedung Play (Google Play Store). Berat komputer ini kira-kira 1.3 kilogram sahaja.
Sistem Operasi Chrome atau Chrome Operating System (OS) adalah usaha Google untuk menjadikan sistem operasi berasaskan sumber terbuka diguna secara meluas pada komputer riba. Cara Chrome OS berfungsi amat berlainan sekali dengan Windows, Mac OS (Macintosh Operating System) dan Ubuntu (salah satu Sistem Operasi Linux). Ini kerana Sistem Operasi Chrome ditumpukan sebagai OS yang membuatkan internet menjadi pusat kesemua aktiviti perkomputeran. Chrome OS melibatkan aktiviti perkomputeran awan. Kesemua aplikasi, perisan, permainan dan data-data penting bertumpu di internet. Kita akan menaip, menyunting dokumen serta gambar, menonton video, bermain permainan dan mendengar lagu di internet. Kita akan menyimpan data di internet. Data tidak disimpan dalam cakera keras di dalam komputer, sebaliknya ia dimuat naik ke internet iaitu ke akaun cakera maya seperti di Google Drive atau SkyDrive. Data itu pula kemudiannya dapat dilihat, dibuka, disunting melalui internet dari mana-mana lokasi fizikal sama ada di rumah, dalam kereta, restoran, bilik tidur dan lain-lain tempat asalkan ada internet.
Chromebook menggunakan bahasa yang kita pilih semasa mula-mula menyediakan peranti. Jika kita mahu menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, kita boleh menukarnya dalam menu ‘Tetapan’. Log masuk ke Chromebook jika belum berbuat demikian. Klik bahagian status di penjuru kanan sebelah bawah, tempat gambar akaun dipaparkan. Pilih ‘Tetapan’ dan klik ‘Paparkan Tetapan Lanjutan’ di bahagian bawah halaman. Dalam bahagian ‘Bahasa’, klik butang ‘Tetapan Bahasa dan Input’. Selepas itu, kita boleh melaraskan tetapan untuk bahasa paparan, bahasa penyemak ejaan dan bahasa halaman web. Jika bahasa yang ingin digunakan tidak ditunjukkan dalam senarai di sebelah kiri, klik butang ‘Tambah’ dan pilih bahasa yang ingin digunakan.

Chrome OS Google ini ialah Versi 103.0.5060.132 (Binaan Rasmi) (64-bit) merupakan kemas kini perisian dan keselamatan yang terakhir untuk Chromebook 2023 ini. Bagi mendapatkan kemas kini pada masa akan datang, tingkatkan kepada model yang lebih baharu. Saya menerbitkan artikel ini menggunakan HP Chromebook 2023 ketika berada di rumah TJ. Sebuah komputer yang telah diterima pada hari ini. Barang sampai baru bayar.