Isnin, 1 Julai 2024

Laporan 1 Julai 2024 Daripada Guru Bertugas

Semenyih, 01/07/2024 (Isnin) - Saya telah memberikan laporan sebagai salah seorang guru daripada kumpulan 2 yang bertugas pada minggu lepas di Sekasih untuk sesi pagi bagi minggu ke-14 persekolahan. Antara aktiviti-aktiviti sekolah yang dijalankan adalah seperti berikut.

24 Jun 2024 (Isnin) 17 Zulhijjah 1445. 1-Amalan guru penyayang. 2-Perhimpunan rasmi mingguan dalam Bahasa Inggeris untuk HIP (Highly Immersive Programme). 3-Sukantara Tahun Empat. 4-Latihan sukaneka Prasekolah. 5-Bengkel pengisian Advance Integrated NILAM System (AINS) Tahun Lima di Pusat Sumber Sekolah (PSS). 6-Bengkel 'Cyber Hero'. 7-Program Sains kelas 5 Aspirasi. 8-Program Menangani Alkohol, Inhalan, Rokok dan Vape (MAIRov) di Shah Alam.

25 Jun 2024 (Selasa) 18 Zulhijjah 1445. 1-Amalan guru penyayang. 2-Program berkenaan PSV (Pendidikan Seni Visual) Tahun Empat bersama Aras Mega (M) Sdn. Bhd. 3-Sukantara Tahun Lima. 4-Latihan sukan dan sukaneka Prasekolah. 5-Bengkel pengisian AINS Tahun Enam di PSS. 6-Mesyuarat jawatankuasa kedai buku sekolah.

26 Jun 2024 (Rabu) 19 Zulhijjah 1445. 1-Amalan guru penyayang. 2-Program Celik membaca - menulis - mengira (3M) Bahasa Melayu dan Matematik. 3-Latihan permainan bola tampar. 4-Program Sahsiah Jati Diri Tahun Lima. 5-Sukantara Tahun Enam. 6-Latihan sukan, sukaneka dan permainan bola jaring Prasekolah. 7-Bengkel pengisian AINS Tahun Empat di PSS. 8-Jualan buku daripada Aras Mega (M) Sdn. Bhd. 9-Info perbankan daripada Maybank Semenyih. 10- Perlawanan persahabatan bola jaring lima buah Sekolah Kebangsaan (SK) iaitu SK Semenyih, SK Saujana Impian 2, SK Bandar Sunway Semenyih, SK Bandar Teknologi dan SK Bandar Tasik Kesuma.

27 Jun 2024 (Khamis) 20 Zulhijjah 1445. 1-Amalan guru penyayang. 2-Latihan permainan bola tampar. 3-Acara akhir padang. 4-Latihan sukan dan sukaneka Prasekolah. 5-Latihan intensif pasukan 'recorder ensemble'. 6-Rakaman video program Bahasa Inggeris.7 -Taklimat ringkas penataran kompetensi guru bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics).

28 Jun 2024 (Jumaat) 21 Zulhijjah 1445. 1-Amalan guru penyayang. 2-Program Mentor Mentee. 3-Program Celik 3M Bahasa Melayu dan Matematik. 4-Program MAIRoV di PSS. 5-Rakaman video pertandingan koakademik Bahasa Melayu. 6-'Dry Run Quiz' untuk 'Cyber Hero'. 7-Pemilihan peserta perbarisan dan sorakan hari sukan. 8-Perlawanan persahabatan bola jaring di SK Sungai Ramal Dalam.

Bagi pemantauan di kantin sekolah pula, secara keseluruhannya adalah baik. Cuma perlu diberikan perhatian ketika murid-murid sedang menikmati juadah. Antaranya ialah menggunakan tangan kanan ketika makan minum, membaca doa sebelum serta doa selepas makan minum, hendaklah duduk semasa makan minum, elakkan berbual perkara yang tidak baik ketika sedang makan minum dan tidak membazir makanan juga minuman.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.