Ahad, 7 Julai 2024

Cuti 1 Muharam 1446 Hijrah

Kajang, 07/07/2024 (Ahad) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah TJ. Hari ini ialah hari Ahad, 1 Muharam 1446 bersamaan dengan 7 Julai 2024 merupakan cuti umum di Malaysia. Negeri-negeri yang memang bercuti pada hari Ahad, cuti hari ini dibawa ke hari esok (Isnin).

Tema sambutan Ma'al Hijrah 1446 ialah Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI. Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Saya pernah menghadiri Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan di PICC pada hari Ahad, 1 Muharam 1441 bersamaan dengan 1 September 2019.

01/01/1446 (Ahad) 07/07/2024. Cadangannya hari ini kami bertujuh dari Selangor hendak pergi ke Negeri Sembilan menaiki Proton Exora. Mahu solat Zohor berjemaah di salah sebuah masjid yang telah diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain, seorang usahawan dan tokoh perbankan.

Menurut peta Google, perjalanan sejauh 45 kilometer dari rumah TJ di Kajang ke Masjid Sri Sendayan di Seremban. Laluan yang dicadangkannya ialah melalui Jalan Semenyih, Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) iaitu masuk di Plaza Tol Kajang Selatan dan keluar di Plaza Tol Pajam. Pemanduan kenderaan boleh diteruskan melalui Nilai, Labu dan Sendayan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.