Pelbagai jenis tren tersebut ialah Mass Rapid Transit (MRT) atau Transit Aliran Massa (Laluan Kajang dan Putrajaya) untuk MRT1 serta MRT2, Light Rapid Transit (LRT) atau Transit Aliran Ringan untuk LRT1 serta LRT2 dan Monorail (Monorel) Kuala Lumpur. LRT1 Laluan Ampang dan Sri Petaling dahulunya dikenali sebagai LRT STAR (Sistem Transit Aliran Ringan). LRT2 Laluan Kelana Jaya dahulunya dikenali sebagai LRT PUTRA (Projek Usahasama Transit Ringan Automatik). Saya menggunakan kad T'nG (tambang tanpa tunai) sepanjang perjalanan menaiki tren hari ini. Ia lebih murah berbanding tambang tunai.
Pagi hingga tengah hari tadi, saya menggunakan MRT1 Laluan Kajang, MRT2 Laluan Putrajaya, LRT1 Laluan Sri Petaling, LRT2 Laluan Kelana Jaya dan Monorel Laluan Monorel KL untuk bersiar-siar pada awal pagi dan membuat urusan di Kuala Lumpur.
Tren MRT1 bergerak dari stesen Sungai Jernih pada 6:23 AM. Saya sampai ke stesen pertukaran di stesen Tun Razak Exchange - Samsung Galaxy. Dari platform 2 MRT1 terus ke platform 4 MRT2 yang tiba serentak di stesen TRX. Naik tren MRT2. Kedua-dua platform terletak sebelah-menyebelah sahaja.
Saya turun di platform 2 stesen Persiaran KLCC (MRT2). Singgah ke tandas. Tidak keluar dari stesen. Naik semula MRT2 di platform 1 menghala ke laluan bertentangan sebab hendak ke stesen pertukaran untuk MRT2 dan LRT1.
Saya turun di stesen Sungai Besi (MRT2). Tidak keluar dari stesen pertukaran. Naik di stesen Sungai Besi (LRT1). Turun di stesen Masjid Jamek (LRT1). Tidak keluar dari stesen pertukaran. Naik di stesen Masjid Jamek (LRT2). Turun di stesen Kerinchi (LRT2).
Saya keluar dari stesen Kerinchi (LRT2) pada 8:46 AM. Kadar tambang hanya dikira dari stesen Sungai Jernih (masuk) ke stesen Kerinchi (keluar) walaupun tadi bersiar-siar dengan pelbagai jenis tren ketika bertukar stesen.
Makan nasi dagang berlauk ikan tongkol dengan acar dan minum kopi O panas di Cafe' Kak Yah stesen Kerinchi (LRT2) pada 9:00 AM. Berjalan kaki naik ke jejantas pejalan kaki dan membuat urusan di Takaful Ikhlas, Bangsar South. Kembali ke tempat tadi.
Tren LRT2 bergerak dari stesen Kerinchi pada 10:39 AM. Saya sampai dan keluar dari stesen KL Sentral - red One (LRT2) pada 10:48 AM. Ia adalah stesen sambungan. Boleh naik Monorel di KL Sentral. Singgah ke tandas di NU Sentral Mall.
Tren Monorel bergerak dari stesen KL Sentral pada 11:13 AM. Saya sampai dan keluar dari stesen Bukit Bintang (Monorel) pada 11:26 AM. Ia adalah stesen sambungan. Boleh naik MRT1 di Bukit Bintang. Buat pesanan dua bungkus shawarma ayam dicampur daging di Damascus.my Bukit Bintang pada 11:33 AM untuk dibawa pulang ke rumah.
Tren MRT1 bergerak dari stesen Bukit Bintang pada 11:45 AM dan sampai ke stesen Sungai Jernih pada 12:18 PM. Keluar dari stesen tersebut pada 12:19 PM. Saya memandu kereta keluar dari bangunan dan membayar parkir pada 12:27 PM.
MAE Wallet. 1-RM11.00 MBB QR (cafe' Kak Yah). 2-RM33.80 DUITNOW QR (Damascus.my).
Touch 'n Go. 1-RM4.70 dari Sungai Jernih ke Kerinchi di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 8:46 AM. 2-RM1.60 dari Kerinchi ke KL Sentral - red One di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 10:48 AM. 3-RM2.20 dari KL Sentral ke Bukit Bintang di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 11:26 AM. 4-RM3.40 dari Bukit Bintang ke Sungai Jernih di Rapid KL melalui kad (T'nG NJN) pada 12:19 PM. 5-RM4.50 Parking Payment di Sungai Jernih (stesen MRT1) melalui kad (T'nG NJN) pada 12:27 PM.