Ketika sesi pengujian trem Jun dan Julai 2024, jadual waktu untuk hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat ialah pada jam 7:30 pagi, 12:00 tengah hari dan 4:30 petang. Sabtu dan Ahad ialah pada jam 8:30 pagi, 11:30 pagi dan 2:30 petang. Tiada pengujian pada Cuti Umum.
Ini kali pertama saya ke Terminal Putrajaya Sentral. Sementara menunggu jam 4:30 petang, bersiar-siar terlebih dahulu di dalam kawasan terminal yang disediakan kemudahan tempat minum, tandas surau dan lain-lain. Sebelum itu, sempat juga saya membantu seorang perempuan bertanyakan cara hendak naik tren ERL (Express Rail Link). Juga seorang lelaki turun dari bas untuk ke tempat menunggu kereta yang datang menjemput (Park and Ride). Kereta yang dijangka datang, tidak ada. Dia turun ke bawah untuk naik teksi pula. Saya naik lagi ke tingkat atas untuk melihat pintu masuk ke tempat menunggu tren Mass Rapid Transit (MRT) stesen Putrajaya Sentral.
Beberapa minit sebelum jam 4:30 petang, saya sudah berada di kawasan bas awam dan bas MRT untuk menunggu trem ART yang menggunakan elektrik.
Kenderaan tiga gerabak yang sedang diuji pun sampai. Saya naik ART. Perjalanan dari jam 4:30 hingga 5:30 petang melalui Lebuh Wawasan (LW), Persiaran Perdana (PP), Lingkaran Gemilang 1 (LG1), kembali semula ke PP dan LW. Sebanyak tujuh hentian untuk ART yang diuji ini. 1-MRT stesen Putrajaya Sentral. 2-Dataran Putra (PP). 3-Kementerian Kewangan (PP). 4-Lingkaran Gemilang (LG1). 5-Wisma Tani (PP). 6-Perbadanan Putrajaya (PP). 7-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LW). Saya dan penumpang lain, turun semula di MRT stesen Putrajaya Sentral.
MAE Wallet. 1-RM3.00 DUITNOW QR FNJUICYLICIOUSENTER (minum teh susu ais). Perbelanjaan di luar Putrajaya hari ini, tidak disenaraikan di sini.
Touch 'n Go. 1-RM4.60 Parking Payment di Presint 7 Putrajaya (Terminal Putrajaya Sentral) melalui kad (T'nG NJN) pada 6:02 PM. Perbelanjaan di luar Putrajaya hari ini, tidak disenaraikan di sini.