Sabtu, 24 Ogos 2024

Bengkel Pemantapan Pedagogi Bahasa Arab Ogos 2024

Cheras, 24/08/2024 (Sabtu) - Saya memandu Perodua Bezza dan menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG). Bayaran sebanyak RM1.30 di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) melalui eWallet (T'nG NJN) pada 6:47 AM.

Tepat jam 7:00 pagi, saya sudah berada di depan pintu pagar utama Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri (SKDB). Saya memandu kereta dan masuk ke kawasan SKDB, menegur pengawal keselamatan yang bertugas dan dia menunjukkan arah kawasan parkir untuk kereta saya.

Walaupun masa program di Dewan Bestari (dewan terbuka SKDB) bermula jam 8:00 pagi, saya lebih selesa datang awal. Bayaran sebanyak RM15.00 (tunai) semasa pendaftaran. Sarapan pagi sebelum program dan makan tengah hari disediakan semasa waktu rehat.

Saya dan rakan-rakan Guru Bahasa Arab menyertai Bengkel Pemantapan Pedagogi Bahasa Arab Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat di SKDB hari ini, 24 Ogos 2024 (Sabtu) 19 Safar 1446. Gamifikasi dan inovasi dalam pembelajaran Bahasa Arab. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazmi bin Jaafar daripada Sekolah Kebangsaan Demang Taha, Alor Gajah, Melaka dan Dr Nadiah binti Subuh daripada Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.

Para peserta bengkel menerima sijil penyertaan sebelum bergerak ke destinasi masing-masing. Program ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan Panitia Bahasa Arab Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat. Jam 1:00 petang, saya masih memandu kereta di Cheras untuk bergerak pulang ke Kajang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.