Rabu, 7 Ogos 2024

Jentera Bomba dan Penyelamat Datang ke SKS 2024

Semenyih, 07/08/2024 (Rabu) - Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berjalan seperti biasa di Sekolah Kebangsaan Semenyih (SKS). Tiba-tiba ia dikejutkan oleh bunyi loceng kira-kira jam 9:20 pagi. Ia bukan bunyi loceng yang biasa kedengaran kerana bunyinya panjang menandakan ada kecemasan.

Murid-murid bergegas turun dan keluar dari kelas masing-masing dibantu oleh guru-guru yang mengajar ketika itu. Saya pula sedang mengajar murid-murid Bahasa Arab Tahun 6. Saya meminta mereka membuat barisan dan bergerak turun melalui tangga menuju ke Dewan Seri Budiman. Oleh kerana bilangan murid yang ramai daripada Tahun 6, Tahun 5, Tahun 4 dan Prasekolah, sebahagian mereka berkumpul di padang kecil iaitu kawasan lapang di sebelah dewan.

Apabila kami tiba di kawasan lapang tersebut, ahli-ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Taman Pelangi Semenyih telah berada di situ. Jentera mereka pula berada di sebelah kantin iaitu bahagian hadapan sekolah. Sebenarnya, ini ialah Program Latihan Kebakaran (fire drill) peringkat SKS. Semua murid, guru dan kakitangan SKS telah berada di tempat berkumpul dalam keadaan yang selamat. Taklimat latihan kebakaran serta ceramah telah disampaikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di dewan. Juga ditunjukkan cara menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran kecil di kawasan lapang.

Selepas waktu rehat 1 dan waktu rehat 2 yang dianjak, aktiviti PdPc disambung semula setelah murid-murid kembali ke kelas.

Tema program kali ini ialah 'Ke Arah Sekolah Selamat'. Objektif Program. 1-Mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat. 2-Memberi maklumat kaedah mengawal kebakaran. 3-Meluaskan minda terhadap kaedah sistematik menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran. 4-Murid berupaya menjalani latihan kebakaran dengan penuh berdisiplin.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.