Hari pertama (7 Disember 2015), saya, isteri dan tiga orang anak kami
bertolak dari rumah di Kajang, Selangor menuju ke Stesen Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB) Kajang dengan memandu Proton Exora. Saya
meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan di Stesen Kajang. KTMB
merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Kemudian,
kami menaiki komuter (kereta api elektrik yang berulang-alik untuk
mengangkut penumpang ke pusat bandar, tempat kerja dan sebagainya) dari
Stesen Kajang ke Stesen Kuala Lumpur (KL) Sentral pada pagi ini. Di KL
Sentral, kami bersiar-siar terlebih dahulu sebelum menaiki ETS (Electric
Train Service) untuk ke Ipoh. Jika memandu kenderaan di jalan raya,
jarak perjalanan dari KL Sentral ke Stesen KTMB Ipoh ialah kira-kira 200
kilometer berpandukan Sistem Kedudukan Sejagat atau “Global Positioning
System” (GPS) yang saya miliki. Saya telah membeli tiket pergi dan
balik, dua hari sebelum menaiki ETS hari ini. Kadar tambang ETS Silver
ialah RM25.00 sehala untuk seorang dewasa dan RM17.00 sehala untuk
seorang kanak-kanak.
Jam 12:30 tengah hari, kami mula bergerak
meninggalkan KL Sentral. Ini merupakan kali pertama kami menaiki ETS.
Berpandukan GPS yang saya pegang ketika berada di dalam ETS, kelajuannya
boleh mencecah sehingga 151 kilometer sejam. ETS Silver berhenti di 15
buah stesen. KL Sentral, Kuala Lumpur, Kepong Sentral, Sungai Buloh,
Rawang, Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, Tanjung Malim, Behrang, Slim
River, Sungkai, Tapah Road, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh. Kami sampai ke
Stesen Ipoh pada jam 3:00 petang.
Kami sudah berada di
bandar raya Ipoh. Turun dari ETS, kami berehat terlebih dahulu di stesen
kereta api dan saya mencari maklumat hotel di internet melalui telefon
pintar. Kami menaiki sebuah teksi dan pergi ke D’ Eastern Hotel di 118,
Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak. Kami mendaftar masuk ke
hotel dan masuk ke Bilik 109 di tingkat 1 pada jam 3:45 petang. Sebuah
bilik keluarga dengan dua buah katil (katil kelamin dan katil bujang).
Kadar sewa untuk 1 malam ialah RM128.00 dan kami berada di bandar raya
Ipoh ini selama 2 hari 1 malam. Kami bersiap diri, solat dan sebagainya
sebelum pergi ke Restoran Rojak dan Cendol Saleem. Selepas makan dan
minum, kami bersiar-siar di kawasan berhampiran sambil berjalan kaki.
Kemudian, kembali ke bilik hotel. Mandi, berkemas diri, solat dan keluar
semula. Kami pergi ke Gerbang Malam yang terletak tidak jauh dari
hotel. Singgah makan dan minum di Sri Kedah Masakan Utara. Ada juga
makanan dan minuman yang kami bungkus serta dibawa pulang ke hotel.
Hari
kedua (8 Disember 2015), selepas solat, kami bersarapan di dalam bilik
hotel sahaja kerana ada disediakan bahan minuman. Juga terdapat makanan
dan minuman malam semalam yang telah dibungkus untuk sarapan pagi ini.
Kami mendaftar keluar dari hotel dan menaiki teksi sama seperti semalam
untuk ke Stesen Ipoh.
Jam 11:00 pagi, kami mula bergerak
meninggalkan Stesen Ipoh. Merentasi 3 buah negeri iaitu Perak, Selangor
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk sampai ke KL Sentral pada jam 1:30 petang. Di KL Sentral, kami makan, minum dan solat terlebih dahulu sebelum menaiki komuter pulang ke Kajang. Sampai di Stesen Kajang, kami mendapatkan semula Proton Exora di tempat letak kenderaan. Saya memandu keluar, membuat pembayaran di kaunter pandu lalu pada jam 4:00 petang dan meninggalkan Stesen Kajang. Singgah sekejap membeli makanan serta minuman di tepi jalan dan akhirnya kami selamat sampai ke rumah.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar