Selasa, 1 Disember 2015

Mengapa Masjid Dipinggirkan?

Mana jemaah? Dah lama orang tak datang ramai kat masjid ni. Salah siapa ya?

Masjid dipinggirkan. Bukan suatu yang fantasi tapi suatu yang realiti. Berlaku di tempat tuan-tuan.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk. (Surah at-Taubah: Ayat 18).

Apabila bilal melaungkan azan, janganlah pekakkan telinga. Datanglah ke masjid untuk menyahut seruan Allah. Kita mestilah menjejakkan kaki ke rumah Allah. (Abdullah) Ibnu Ummu Maktum berkata: Maksudnya: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah s.a.w. bertanya: Adakah kamu mendengar azan? Jawabku: Ya. Rasulullah s.a.w. bersabda: Kamu tidak mendapat keringanan. (Riwayat Abu Daud).

Apa punca orang pinggirkan masjid? Adakah iman kita rendah sangat atau pun masalah pengurusan masjid? Galakkan orang ramai dan kanak-kanak datang ke masjid. Ayuh, laksanakan program-program di masjid menggunakan wang tabungan yang banyak itu. Bentuk masyarakat agar cinta kepada Allah dan cinta ke rumah Allah. Jangan kita berbalah dalam masjid kerana Allah sangat memuliakan rumah Allah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.