Sabtu, 28 November 2015

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan 2015

Kajang, 28/11/2015 – Tadika tempat anak ketiga saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal kali yang keenam malam ini di Function Room, Impian Golf & Country Club, Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung dan anak kedua saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Function Room, Impian Golf & Country Club, Saujana Impian beberapa minit sebelum jam 8:00 malam tadi. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis dan persembahan pembukaan as-Salamu a’laikum daripada pelajar-pelajar TPH. Beberapa orang pelajar juga membacakan doa’ pembukaan, bacaan Surah asy-Syams serta terjemahannya dan ucapan perasmian disempurnakan oleh tetamu kehormat. Ia diteruskan lagi dengan beberapa buah persembahan pelajar-pelajar.

Di dalam kelas Solahuddin al-Ayyubi, anak ketiga saya mendapat nombor 3 daripada 16 orang pelajar (3/16) untuk penggal 2/2015. Jumlah markah keseluruhan ialah 579/600 (Gred A). Dia mendapat markah Bahasa Melayu 100/100, Bahasa Arab 100/100, Bahasa Inggeris 98/100, Pendidikan Islam 94/100, Sains 87/100 dan Matematik 100/100.

Anak ketiga saya yang berumur lima tahun ini juga membuat beberapa buah persembahan bersama rakan-rakannya termasuk persembahan penutup. Dia menerima hadiah, gambar peribadi dan gambar kelas lima tahun. Saya pun menerima hadiah iaitu untuk kategori cabutan bertuah.

Majlis malam ini berakhir selepas saya memimpin bacaan doa’ penutup. Kira-kira jam 11:00 malam, majlis pun tamat. Tetamu yang hadir mengambil jamuan dan mula beredar meninggalkan majlis. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Kali Ke-6 dengan motto tadika yang berbunyi ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.