Ahad, 20 Disember 2015

Kem Huffaz Cilik 2015

Bandar Baru Bangi, 20/12/2015 - Hari ini merupakan hari kedua iaitu hari terakhir dua orang anak saya berada di Kem Huffaz Cilik 2015. Pagi semalam (Sabtu, 19 Disember 2015), saya menghantar anak sulung dan anak kedua ke kem ini yang diadakan di Surau al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi sempena Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2015.

Anak-anak yang berumur di antara 7 hingga 12 tahun dikehendaki menghafaz surah-surah di dalam al-Qur’an sebagai motivasi kepada mereka untuk menghafaz. Huffaz Cilik bermaksud para penghafaz kecil. Mereka berada di kem ini selama 2 hari 1 malam selepas sesi pendaftaran pada pagi Sabtu. Pelbagai aktiviti dilakukan sepanjang hari Sabtu dan Ahad seperti taklimat, kata-kata aluan, tasmik, pembahagian kumpulan, telur melantun (ice breaking), hafazan al-Qur'an, hafazan Hadis, kuiz, eksperimen roket air, buih gergasi dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kem menunaikan solat, makan, minum dan sebagainya di sini. Aktiviti-aktiviti lain seperti khidmat diri, qiyamullail, bacaan al-Ma'thurat, pengurusan diri (okey tak saya?), permainan perang (anak-anak lelaki), chef cilik (anak-anak perempuan), muhasabah diri, penyampaian hadiah dan sebagainya turut diadakan untuk para peserta. Saya, isteri dan anak ketiga kami yang datang dari Kajang juga bercadang untuk menyertai slot khas Kemahiran Keibubapaan yang diadakan pada hari terakhir ini. 

Program ini dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Hulu Langat di bawah Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) serta Kelab Anak-anak Hebat/ Nadi al-Azim (NAZIM) dengan kerjasama Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-GURU) dan Surau al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Tahniah diucapkan kepada pihak ISMA, BKM, NAZIM, i-GURU dan Surau al-Amirin kerana mengadakan program yang bermanfaat sempena cuti sekolah kali ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.