Ahad, 27 Disember 2015

Percutian ke Port Dickson 2015

Hari pertama (26 Disember 2015), saya memandu Proton Exora membawa isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang, Selangor menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Bergerak dari rumah pada waktu tengah hari. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah kira-kira 80 kilometer sahaja. 

Apabila kami sampai ke Port Dickson, kebanyakan tempat penginapan yang kami tanya telah penuh kerana hari ini dan esok merupakan cuti hujung minggu. Juga Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2015. Saya mencari maklumat hotel di internet melalui telefon pintar dan membuat tempahan secara dalam talian. Kami terus menuju ke Grandpa Hotel di 1-4, Jalan DS 1/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami mendaftar masuk ke hotel dan masuk ke Bilik 8110 di tingkat 1. Sebuah bilik dengan sebuah katil kelamin dan kadar sewa untuk 1 malam ialah RM115.00 kerana kami berada di sini selama 2 hari 1 malam sahaja. Ia terletak di seberang jalan berhampiran dengan Pasar Raya Besar Giant. 


Di hotel, kami solat dan berehat terlebih dahulu. Kemudian keluar semula pergi makan dan minum di Medan Ikan Bakar, Majlis Perbandaran Port Dickson. Makanan laut dengan pelbagai jenis masakan yang kami makan ialah pepahat (siput buluh), sotong, ketam dan ikan bawal. Selepas makan, minum, melihat matahari terbenam di tepi laut dan sebagainya, kami kembali ke hotel. Solat dan kami berlima keluar semula berjalan kaki pergi ke Alive 3D Art Gallery di 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan. Jaraknya cuma lebih kurang 270 meter dari hotel. Tiket masuk ialah RM20.00 untuk seorang dewasa dan RM15.00 untuk seorang kanak-kanak. 


Hari kedua (27 Disember 2015), kami solat, bersarapan di hotel dan pergi mandi laut di Pantai Bagan Pinang. Balik ke hotel, mandi dan bersiap diri. Kemudian, kami mendaftar keluar dari hotel pada jam 12:00 tengah hari. 


Kami pergi ke Rumah Terbalik di 13A & 15, (Jalan Coral 1, Taman Coral), Batu 9, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Tiket masuk ialah RM20.00 untuk seorang dewasa dan RM15.00 untuk seorang kanak-kanak. Selepas itu, dalam perjalanan pulang ke Kajang, kami singgah solat dan makan/ minum di Kawasan Rehat Mambau. 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.