Jumaat, 1 Januari 2016

Street Dakwah dan Sambutan Tahun Baru 2016

Kajang, 01/01/2016 - Detik jam 12:00 tengah malam, al-Asma' al-Husna telah dialunkan secara bermai-ramai sempena kehadiran tahun baru 2016 di pinggir bandar (Uptown) Jalan Reko, Kajang, Selangor.

Beberapa orang Pencetus Ummah (PU) telah mengendalikan program Street Dakwah, Anak Muda Islam Serdang ini. Mereka ialah PU Azihal, PU Johani dan PU Hilmi. Turut disertai oleh IR Ezry, Akhwan Afandi dan penampilan khas daripada Team Busking DACS (Department of Arts, Culture and Sport) Serdang. DACS ialah Jabatan Seni Budaya dan Sukan.

Program anjuran Jabatan Lajnah Dakwah Pemuda Serdang, DACS Serdang, Jabatan Amal dan Sabah Care sebelum detik jam 12:00 tengah malam juga telah mengadakan street show, busking (seniman jalanan), tazkirah santai, edaran risalah dakwah dan lain-lain.

Rakan saya bernama Mohd Norizam bin Tomirin yang sama-sama belajar di Jordan sekitar tahun 1990-an, kebetulan ditemui dalam program ini. Kami bersembang sambil minum di sini. Sebelum balik, saya sempat membeli makanan yang dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah.

Saya bertolak pulang pada jam 12:35 tengah malam dengan memandu kereta dari Uptown menyusuri Jalan Reko, melalui Pekan Kajang, Jalan Cheras dan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah. Jarak perjalanan pulang ialah kira-kira 7 kilometer sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.