Isnin, 11 Januari 2016

Cerita Sepasang Kasut Berlainan Kiri dan Kanan

Cheras, 11/01/2016 - Saya telah sampai ke tempat kerja di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri pagi-pagi lagi seperti biasa. Turun dari kereta dan mencatat kehadiran di pejabat sekolah. Kembali memandu kereta dan meletakkannya di tempat khas di belakang bangunan sekolah.

Saya pergi ke dataran sekolah kerana pagi ini ada perhimpunan rasmi mingguan. Ketika perhimpunan baru bermula, saya terpandang kepada kasut yang dipakai. Saya ternampak kasut yang saya pakai berlainan kiri dan kanan. Saya buat seperti biasa sahaja. Semasa perhimpunan ini, saya juga ada memberi taklimat ringkas berkenaan kelas Tasmik al-Qur'an dan Iqra' yang diadakan pada setiap hari Isnin.

Tiada sesiapa pun yang nampak saya memakai kasut berlainan sebelah pada waktu itu. Mungkin kerana kedua-dua warnanya sama-sama hitam. Cuma saya ada memberitahu murid-murid kelas Bahasa Arab Tahun 3 kerana kebetulan pada masa itu belajar bab berkenaan huruf Arab dan ditunjukkan contoh huruf untuk perkataan kasut.

Minggu ini ialah minggu kedua sesi persekolahan tahun 2016. Pembahagian kelas Tasmik saya adakan di surau sekolah dibantu oleh Guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang lain. Selepas tamat waktu persekolahan, solat Zohor di surau dan pergi ke bilik mesyuarat untuk taklimat pemeriksaan kesihatan. Sebelum pulang ke rumah, singgah ke pejabat sekolah dan beberapa orang guru serta kakitangan sekolah diberitahu mengenai cerita kasut saya ini.

Sebenarnya cerita kasut ini telah terjadi selepas solat Subuh di surau berhampiran rumah saya di Kajang iaitu ketika hendak keluar dari rumah pergi ke sekolah. Sebelum menghantar anak kedua saya ke sekolah agama pagi, masa itulah terambil pasangan kasut yang salah dan terus memakainya. Selepas menghantar anak ke sekolah berkenaan, saya terus memandu kereta ke sekolah di tempat saya mengajar sekarang.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam