Ahad, 8 September 2024

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2024

Kajang, 08/09/2024 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan hari sukannya dari pagi hingga tengah hari tadi di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya pernah belajar di TPH. Kini, anak keempat dan anak kelima pula belajar di sini. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Kira-kira jam 8:05 pagi, murid-murid bersama ibu bapa masing-masing mula hadir mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Saya memimpin bacaan doa’. Selepas itu, ia diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH dan perarakan masuk murid-murid yang juga peserta-peserta sukan ke tengah dewan terbuka. Dimulakan dengan bacaan ikrar, nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan perarakan keluar. Diteruskan dengan persembahan daripada al-Qasaam Junior, persembahan senamrobik para peserta daripada kelas empat, lima dan enam tahun.

Pertandingan sukan bermula. Acara-acara yang dipertandingkan ialah makanan sihat, kebun sayurku, seronok mengeja, hebat mengira dan kerusi muzik. Acara ibu bapa bersama anak dan adik-beradik seperti kudapan sihat (anak dan bapa), origami sayurku (anak dan ibu), kenali sayur-sayuran (anak, bapa dan ibu) serta kerusi muzik (adik-beradik). Saya menyertai acara kudapan sihat (anak dan bapa),

Murid-murid dibahagikan kepada tiga buah rumah sukan. Yahya Sinwar (Merah), Ismail Haniyeh (Kuning) dan Abu Ubaidah (Hijau). Dua orang anak saya merupakan peserta Rumah Kuning.

Tema hari sukan pada kali ini ialah ‘Sayur-sayuran’. Penyampaian hadiah telah diadakan dan program hari ini telah tamat pada jam 12:15 tengah hari. Murid-murid bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH Impian Murni kerana telah dapat mengadakan hari sukan kali ini dengan jayanya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.