Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin. Dari tingkap bilik nampak tasik (Putrajaya Lake and Wetland. UNISCO Ecohydrology Demonstration Site. Since 2010). Juga nampak kawasan kolam renang. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, kabinet, almari, kerusi, peti ais di dalam bilik, cermin dan sofa. Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian pada hari pertama untuk penginapan 2 hari 1 malam.
Sabtu, 14 September 2024 (hari pertama). Saya, isteri serta anak-anak bertolak dari rumah TJ dan sampai di kawasan hotel membuat urusan mendaftar masuk pada jam 6:30 petang selepas pemanduan kenderaan sejauh kira-kira 19 kilometer. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18) yang menempuh Plaza Tol (PT) Sungai Ramal (B), SKVE (South Klang Valley Expressway) atau Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26) yang tidak memempuh PT, Persiaran Utara, Persiaran Timur, Lebuh Perdana Timur, Jalan Alamanda dan Jalan Alamanda 2. Guna juga peta Google untuk laluan terbaik. Setelah isteri mendapatkan dua keping kad kunci bilik 103 dari lobi hotel, saya memandu dari kawasan pintu utama hotel dan masuk ke bahagian bawah bangunan. Kenderaan diletakkan di parkir tingkat B2 di dalam bangunan kawasan hotel iaitu di petak 89 yang terletak di antara dua batang tiang (B2 M8 dan B2 M9). Naik lif ke lobi hotel di tingkat G. Naik lif yang lain ke bilik 103 di tingkat 1. Kami bersiap-siap menukar pakaian dan turun lif ke kolam renang di tingkat B1. Hari sudah malam. Berhenti mandi di kolam dan naik tangga pula ke tingkat 1. Masuk ke bilik. Mandi di bilik air, solat Maghrib, berehat dan solat Isyak. Kami turun lif ke lobi hotel. Berjalan kaki ke Pusat Membeli-belah Alamanda. Dari bulatan Jalan Alamanda 2, kami meneruskan berjalan kaki ke bulatan berhampiran Jalan Alamanda 1. Masuk ke pusat membeli-belah menerusi kawasan meletak kenderaan dan naik lif pergi ke tingkat yang terletaknya medan selera (RASA Food Arena). Makan dan minum. Kami kembali berjalan kaki dan pulang ke hotel.
Perbelanjaan hari pertama. MBB L dalam talian (RM386.25) penginapan. Touch 'n Go J (RM1.66) PT Sungai Ramal (B) di E18 (J guna kad T'nG L) melalui eWallet (T'nG J) pada jam 6:06 petang. MBB J Scan and Pay (RM41.70) makanan di RASA Food Arena. MBB L Scan and Pay (RM25.90) makanan di RASA Food Arena. MBB L Scan and Pay (RM27.70) minuman di RASA Food Arena. MBB L Scan and Pay (RM5.00) minuman di RASA Food Arena.
Ahad, 15 September 2024 (hari kedua). Bangun, solat Subuh, berehat dan bersarapan di dalam bilik. Turun lif ke kolam renang dan berenang di kolam. Kedalaman kolam renang ialah 0.5 meter untuk kanak-kanak. 1.0 meter dan 1.2 meter untuk perenang-perenang yang lebih besar. Sebelum waktu tengah hari, kami telah mendaftar keluar kerana hendak singgah ke sekolah dan asrama tempat anak kedua belajar. Bergerak dari sekolah. Isi petrol di Petronas SKVE. Isteri singgah beli makanan dan minuman di kedai Mesra serta gerai di dalamnya ketika saya mengisi minyak. Saya meneruskan pemanduan di SKVE (E26). Kami berhenti makan tengah hari dan minum di Warisan Kak Bai di Sungai Merab. Bergerak semula dan berhenti di masjid. Sampai di kawasan Masjid Universiti Tenaga Nasional beberapa minit sebelum azan berkumandang. Solat Zohor secara berjemaah. Saya meneruskan pemanduan di Lebuhraya Kajang SILK (E18) yang menempuh PT Sungai Ramal (T) bagi menamatkan percutian di Putrajaya semasa Cuti Penggal 2, Sesi 2024/2025.
Perbelanjaan hari kedua. Touch 'n Go J (RM0.00) Parking Payment di The Everly Putrajaya (J guna kad T'nG L) melalui eWallet (T'nG J). Setel J Petronas SKVE (RM50.00) RON95 pada jam 11:35 pagi. Tunai L (RM8.00) makanan di kedai Mesra. MBB L kad debit (RM28.90) minuman di gerai tealive. MAE J to BIMB Warisan Kak Bai (RM78.40) Transfer to Tetuan FIA Global. Touch 'n Go J (RM1.66) PT Sungai Ramal (T) di E18 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:52 petang.