Kos perjalanan kenderaan pada hari Rabu, 18 September 2024. Touch 'n Go J (RM4.59) Plaza Tol (PT) Simpang Ampat ke PT Senawang di E2 melalui kad (T'nG L) pada jam 11:18 pagi. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampangan di E21 melalui kad (T'nG L) pada jam 11:44 pagi. Touch 'n Go J (RM5.50) PT Setul ke PT Kajang Selatan di E21 melalui kad (T'nG L) pada jam 12:07 tengah hari. Touch 'n Go J (RM1.30) PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 12:48 tengah hari. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Bukit Teratai di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:12 petang. Touch 'n Go J (RM2.30) PT Ampang (A) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:18 petang. Touch 'n Go J (RM6.00) PT Gombak di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 1:35 petang. Setel J Petronas Genting Sempah (RM50.00) RON95 pada jam 1:55 petang. Touch 'n Go J (RM3.50) PT Bentong di E8 melalui eWallet (T'nG J) pada jam 3:43 petang.
Kami bertolak dari rumah emak mentua di Jasin pada jam 10:10 pagi. Dari jalan-jalan raya, saya memandu Proton Exora masuk ke Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin) dan Lebuhraya Utara Selatan (E2). Keluar dari lebuh raya E2 dan memandu di jalan-jalan raya. Masuk pula ke Lebuhraya Kajang - Seremban (E21). Emak mentua yang menaiki kenderaan kami, berada pula dengan kakak kepada isteri saya di kedai yang terletak di Kajang pada jam 12:20 tengah hari. Saya meneruskan pemanduan di jalan-jalan raya, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Klang (E19), MRR2 (tanpa plaza tol), Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (E8) dan Lingkaran Tengah Utama (tanpa plaza tol). Semasa di E8 tadi, kami berada di Kawasan Rehat Genting Sempah untuk tempoh yang agak lama kerana mengisi petrol kenderaan, makan, minum dan solat. Berhenti juga di pasar malam (masih waktu petang) di kampung sebelah. Saya telah memandu sejauh 327.8 kilometer hari ini dari rumah emak mentua ke rumah emak kandung.