Isnin, 11 November 2024

Sekasih dan Senada Ambil Cuti Peristiwa 11.11.2024

Kajang, 11/11/2024 (isnin) - Saya dan isteri sedang berada di rumah TJ. Pagi hingga tengah hari tadi, kami berada di Kuala Lumpur. Sekolah kami berdua mengambil cuti peristiwa hari ini. Saya mengajar di Sekasih dan isteri mengajar di Senada.

Pada 09/11/2024 (Sabtu), Sekasih telah mengadakan Karnival Usahawan Muda dan Gegar Ria Sekasih yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat (YB) Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia sebagai Alumni Sekasih. YB yang lahir pada tahun 1977 bersekolah rendah di Sekasih semasa darjah 3, 4, 5 dan 6.

Pada 09/11/2024 (Sabtu) juga, Senada pula telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak yang melibatkan semua warga sekolah.

Pagi tadi, saya, isteri dan anak sulung kami (bercuti semester) menghantar anak keempat serta anak kelima ke tadika tempat mereka belajar. Anak ketiga dan anak keempat yang tinggal di asrama berada di sekolah masing-masing di luar negeri Selangor. Kami bertiga pergi ke stesen Kajang yang terdapat tren Mass Rapid Transit (MRT) untuk MRT1 dan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Isteri dan anak sulung turun terlebih dahulu sementara saya meletakkan Perodua Bezza di parkir aras 6 (tingkat paling atas). Turun lif dari aras 6 ke aras 3 menggunakan Lobi Lif 3.

Di kaunter MRT Kajang, Scan and Pay with Maybank Anytime Everyone (MAE) Wallet J for Card Reload. Kad Touch 'n Go (T'nG) J (caj RM0.50). Kemudian, saya dan isteri naik tren MRT1 jam 9:00 pagi. Anak sulung dan kawan-kawannya pula naik tren MRT1 pada jam 9:10 pagi. Kami menuju ke Kuala Lumpur tetapi ke lokasi yang berbeza. Kami berdua turun di stesen Tun Razak Exchange (TRX) Samsung Galaxy (RM3.50 x 2) dengan menggunakan kad T'nG J dan kad T'nG L.

Dari stesen TRX, kami berdua berjalan kaki dan masuk ke dalam bangunan Menara Public Gold di Jalan Tun Razak, melihat pelbagai jenis emas. Kami berpatah balik dan masuk pula ke dalam bangunan The Exchange TRX. Makan dan minum di Food Exchange. Makanan (RM36.05) Scan and Pay with MAE Wallet J serta minuman dan buah jambu (RM18.55) tunai L. Selepas itu, bersiar-siar di TRX City Park yang terletak di aras 3 dan aras 4.

Kami berdua kembali ke stesen TRX Samsung Galaxy naik tren MRT1 dan turun di stesen Kajang iaitu stesen terakhir MRT1 bagi Laluan Kajang (RM3.50 x 2) dengan menggunakan kad T'nG J dan kad T'nG L. Parking Payment di KTM Kajang (RM5.30) menggunakan kad T'nG J.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.