Jom gunakan pelbagai perkhidmatan dalam talian Tabung Haji (TH) pada aplikasi Maybank Anytime Everyone (MAE) atau laman web Maybank2u (M2U) daripada Malayan Banking Berhad (MBB).
Saya ialah penyimpan duit di dalam akaun TH sejak kecil lagi. Pembukaan akaun Maybank Islamic pula sejak tahun 1999 ketika berhijrah ke Kuala Lumpur. Tahun 2024 ini, saya masih setia bersama TH yang sudah ada aplikasi THiJARI dan MBB yang sudah ada aplikasi MAE by M2U.
Pautan akaun TH kita ke akaun MBB untuk kali pertama boleh dilakukan melalui Automatic Teller Machine (ATM). Pengalaman saya hari ini (jam 4:25 petang), kita mesti menaip nombor akaun TH yang panjang dengan pantas ketika berada di ATM MBB selepas menekan butang Daftar Akaun TH Ke ATM Kad. Pastikan urus niaga kita telah berjaya. Kemudian, kita boleh menggunakan aplikasi MAE atau laman web M2U untuk memindahkan wang daripada akaun TH ke akaun MBB sendiri.
Kita boleh melakukan transaksi dalam talian dengan mudah dan cepat. Klik atau ketuk pada Savings Account-i (MBB), Transfer, Enter your M2U password, TH, New Transfer (TH), From TH, Done, To Savings Account-i (MBB), Done, Continue, Enter amount (contohnya RM10,000.00), Enter recipient reference (contohnya TH J to MBB J), Continue and Transfer Now (Approve). Caj berpatutan dikenakan ke atas transaksi terpilih (contohnya RM1.00) yang ditolak daripada akaun TH.