Saya memandu Proton Exora. Kami berdua telah berada di parkir berbayar di seberang jalan iaitu luar kawasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Jam 10:10 AM kami keluar dari kenderaan dan berjalan kaki masuk ke dalam bangunan HCTM.
Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter B saya menyerahkan Kad Janji Temu dan memberitahu kami mendapat panggilan telefon. Asalnya janji temu bukan pada hari ini.
Saya dan isteri menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9016 (jam 10:19 AM) di Kaunter C. Saya dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut huruf dan nombor yang pelbagai saiz.
Saya dipanggil masuk ke Bilik 6 dan Bilik 10 iaitu Bilik Biometry bagi pemeriksaan mata. Kembali berada di Bilik 6 untuk pemeriksaan selanjutnya. Sementara itu, isteri saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran). Dia memandu kenderaan kembali ke Kajang untuk menguruskan anak-anak.
Di Bilik 6 bersama pasukan Profeser Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina). Pemeriksaan kesihatan berkenaan mata dijalankan di dalam bilik tersebut bersama pasukan dengan pelbagai jenis alat. Tekanan mata yang normal adalah di antara 10 hingga 21 mmhg. Tekanan mata kiri saya ialah 16 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 23 mmhg. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Profeser Dr Mae-Lynn Catherine Bastion sendiri turut memeriksa mata saya.
Selesai pertemuan bersama pakar-pakar mata, saya pergi ke Kaunter D. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu menggantikan janji temu minggu depan. Saya solat Jumaat di Surau Ibnu Sina (Surau Jumaat) di tingkat 1.
Saya turun ke tingkat G dan makan di kafe hospital. Naik ke tingkat 1 dan mendapatkan ubat titisan cecair untuk mata saya menggunakan Kad Janji Temu di Farmasi Satelit. Turun semula ke ke tingkat G dan pergi ke Lobi Utama. Saya mendapatkan maklumaat berkenaan Sebut Harga Alat Perubatan HCTM di Bahagian Penjanaan (BDO) dan Kaunter Sara Ubat.
Saya naik teksi bermeter dari hospital ke SI.