Serdang, 13/01/2025 (Isnin) - Petang tadi, saya telah berada di parkir berbayar dalam kawasan Hospital Pengajar Universiti Putra (HPUPM) pada jam 1:47 PM. HPUPM juga dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Kali pertama saya ke hospital ini. Solat Zohor berjemaah di surau HSAAS.
Saya pergi ke Klinik Pakar Oftalmologi (Ophthalmology Speacialist Clinic). Berikan surat rujukan daripada Klinik Kesihatan Kajang berkenaan pemeriksaan mata di kaunter jururawat.
Kemudian, saya dibawa ke Bilik Pemeriksaan (Exam Room) dan Bilik 10 iaitu Bilik Perundingan (Consult Room) berjumpa Dr Muhammad Khairul Adha bin Fuaad. Kembali ke kaunter jururawat untuk pendaftaran dan mendapatkan Kad Janji Temu serta diberi nombor 5033.
Saya diminta pergi ke Bilik 13 untuk Kembang Anak Mata kerana diberi beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata. Kembali dipanggil ke Bilik 10. Beberapa orang Dr meneropong mata saya termasuk mencari kanta mata di sebelah kanan. Saya diberi Sijil Cuti Sakit.
Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Temu Janji. Urusan selesai. Saya mendapatkan kereta di parkir hospital pada jam 5:33 PM untuk pulang ke rumah.