Selasa, 14 Januari 2025

HOspital SAAS 14.01.2025

Serdang, 14/01/2025 (Selasa) - Pagi tadi, saya telah berada di parkir berbayar dalam kawasan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). Saya bergerak dari rumah SI di Kajang pada jam 8:13 AM dan sampai ke pintu pagar utama HSAAS pada jam 8:43 AM. Pemanduan sejauh kira-kira 17.5 kilometer.

Saya pergi ke Klinik Pakar Oftalmologi. Ada Sijil Cuti Sakit. Kad Janji Temu diletakkan ke dalam bekas bertanda 9:00 AM. Tunggu giliran. Saya diberi nombor 1005. Tunggu giliran. Saya dipanggil ke Bilik Pemeriksaan untuk menyebut huruf bersaiz besar dan kecil yang dilihat. Tunggu giliran. Saya dipanggil ke Bilik 13 iaitu Bilik Pemeriksaan Fundus. Di Bilik 13, darah saya diambil dari pelipat tangan kiri. Diperiksa jantung dengan kaedah ECG iaitu singkatan bagi istilah elektrokardiogram. Diperiksa tekanan darah (172/103). Diperiksa bacaan gula dalam darah (5.3) melalui jari di tangan kiri saya. Kemudian, saya dan beberapa orang pesakit lain dipanggil ke Bilik 3 untuk sesi tontonan video berkenaan kaunseling pembedahan mata. Saya dipanggil ke Bilik 4 iaitu Bilik Perundingan berjumpa Dr Muhammad Khairul Adha bin Fuaad. Surat rujukan diberikan kepada saya untuk tindakan selanjutnya. Saya menyerahkan borang ke kaunter jururawat.

Borang dari Bilik Pemeriksaan Fundus, Klinik Pakar Oftalmologi, saya letakkan ke dalam bekas di Jabatan Radiologi. Saya diberi nombor 1047. Tunggu giliran. Saya dipanggil ke Bilik X-Ray 3. Urusan selesai. Saya keluar dari bangunan hospital melalui pintu di Lobi Utama. Saya mendapatkan kereta di parkir dan keluar dari pintu pagar utama HSAAS pada jam 12:10 PM. Perjalanan pulang cuma kira-kira 20 minit berbanding perjalanan pergi tadi selama 30 minit kerana ada sedikit kesesakan lalu lintas.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.